FA Cup - Pusingan ke-4
AFC Bournemouth 0-2 Liverpool
(Moses 26', Sturridge 60')
25 Januari 2014. Goldsands Stadium
Liverpool bertandang ke Goldsands Stadium menentang AFC Bournemouth di pusingan ke-4 Piala FA. Kelab dari Perairan Selatan England yang bermain di Liga Championship (divisyen 2) itu ditewaskan Liverpool 0-2 di mana Moses dan Sturridge adalah penjaring gol perlawanan.
Perlawanan boleh dikatakan agak straightforward dan tidak banyak boleh dibincangkan dari segi taktikal. Musim lepas di pusingan yang sama, Liverpool dimalukan Oldham dengan kekalahan 3-2 di tempat lawan. Kali ini, Liverpool tampil dengan sikap yang lebih profesional dan menurunkan barisan terkuat.
![]() |
| Kesebelasan utama. Formasi 4-3-3. |
Liverpool terpaksa bermain dengan dua pemain tengah kerana kecederaan yang dialami Lucas dan Allen. Coutinho yang biasanya berfungsi sebagai sayap kiri bermain di bahagian tengah menghubungkan barisan hadapan dan tengah. Posisi ini sebenarnya adalah posisi terbaik Coutinho kerana dia lebih bebas untuk bergerak, membuat larian, hantaran, & through-balls. Namun, tanggungjawab ketika bertahan dan off-the-ball secara konsisten bukanlah kelebihan Countiho, menyebabkan Rodgers lebih gemar untuk meletakkan dia sebagai pemain sayap.
Pemain pinjaman, Moses, pula diberi peluang bermain menggantikan Sterling. Di posisi lain, Kelly menggantikan Johnson sebagai bek kanan manakala Mignolet direhatkan dan digantikan oleh Jones. Sementara Moses beroperasi di sayap kiri, Suarez dan Sturridge bertukar-tukar duti di sayap kanan.
Moses membuka jaringan dengan rembatan kaki kanan tepat melepasi penjaga gol Bournemouth selepas mengawal kemas hantaran lintang Suarez. Sturridge mudah menambah jaringan pada separuh masa kedua, juga melalui hantaran baik Suarez. Bournemouth juga telah membuat berberapa asakkan yang berbahaya. Tetapi, Liverpool lebih tenang menghalang serangan-serangan Bournemouth. Skrtel bermain dengan bagus walaupun menerima sedikit kecederaan - terpaksa di'staple' kepalanya untuk menutup luka. Ouch!
![]() |
| Moses meledak gol pertama perlawanan. (liverpoolfc.tv) |
Liverpool mempunyai dua peluang keemasan untuk menambah gol. Corak permainan kedua-dua peluang hampir sama. Henderson menghantar bola tinggi ke arah larian Sturridge yang membuat lob cantik tetapi hanya menggegar palang gol. Strurridge juga melakukan hantaran yang hampir serupa kepada Suarez yang juga melakukan lob, tetapi hanya melepasi gol. Di minit-minit akhir, lorongan Sturridge kepada Suarez menghasilkan peluang dari sudut sukar - Suarez merembat deras tetapi tepat ke arah penjaga gol lawan.
![]() |
| Suarez dan Sturridge bergandingan dengan baik. (liverpoolfc.tv) |




