Musim 2013/2014 yang telah melabuhkan tirainya Ahad lepas penuh dengan pengalaman pahit manis buat Liverpool. Musim yang sangat membanggakan di samping kekecewaan di saat-saat akhir. Banyak perlawanan-perlawanan hebat yang pasti akan diingati penyokong. Mari kita lihat kembali 10 perlawanan terbaik musim 2013/2014 ini.
Bahagian 1
10. Liverpool 1-0 Stoke City (Anfield, 17 Ogos 2013, *BPL P1)
Perlawanan pertama musim 2013/2014 yang memulakan segala-galanya. Liverpool terpaksa bermain tanpa kelibat Luis Suarez yang masih menjalani hukuman penggantungan perlawanan ketika itu. Daniel Sturridge menjadi harapan utama di barisan serangan. Dia tidak mengecewakan dan berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan. Detik penting perlawanan ialah ketika Simon Mignolet menyelamatkan penalti Stoke City di minit-minit akhir permainan. Ia seolah-olah menjadi titik tolak perjuangan hebat Liverpool musim ini.
9. Liverpool 5-1 Norwich City (Anfield, 4 Disember 2013, BPL P14)
Di atas kertas, memang ia adalah satu perlawanan yang mudah buat Liverpool. Dan ia turut dibuktikan Liverpool di atas padang. Memang kalau dibandingkan dengan perlawanan seperti menentang Fulham, West Ham, Cardiff City, dan Norwich City sendiri di tempat-tempat lawan, perlawanan ini tidaklah begitu mendebarkan berbanding yand disebut. Tetapi, ada satu sebab mengapa perlawanan ini dipilih - 4 gol oleh Suarez. Penyerang Uruguay ini sudah menjadi seperti "nemesis" kepada Norwich dengan bilangan gol yang banyak menentang mereka sebelum ini. Dan dalam perlawanan ini, dia sekali lagi merobek pertahanan mereka. Kesemua 4 gol yang dijaringkannya cukup hebat; terutama gol pertama iaitu half-volley dari jarak lebih kurang 35 ela, dan gol ketiga yang mempamerkan skill individunya yang memukau. Suarez meneruskan prestasi hebatnya musim ini dengan 31 gol liga keseluruhan.

| Mignolet menjadi hero menyelamatkan penalti minit akhir Stoke. (ibtimes.com/Reuters) |

| Half-volley memukau dari jarak 35 ela. (independent.co.uk) |