Barclays Premier League - Perlawanan ke-37
Crystal Palace 3-3 Liverpool
Allen 4', Delaney (o.g) 53', Suarez 55', Delaney 79', Gayle 81', Gayle 88'
5 Mei 2014. Selhurst Park
Ketika artikel ini ditulis, Man City sudahpun memenangi perlawanan ke-37 mereka. Ini bermakna mereka mendahului carta dengan 2 mata di hadapan Liverpool menghadapi minggu terakhir Liga Perdana Inggeris.
Kejuaaran liga kini hampir mustahil untuk dimenangi selepas Liverpool sekali lagi 'tergelincir' Isnin lepas. 3 gol pendahuluan hilang begitu sahaja dalam masa 9 minit. Keadaan yang sungguh ironik kerana kata-kata semangat Steven Gerrard, "we don't let this slip", seperti menghukum Liverpool untuk dua perlawanan berturut-turut.
Analisis kali ini lebih ringkas dan kurang terperinci seperti sebelum-sebelum ini. Untuk separuh masa pertama, boleh dirumuskan bahawa Liverpool telah bermain dengan baik. Liverpool mengawal perlawanan dan mencipta berberapa peluang. Gol hadir melalui sepakan sudut yang ditanduk masuk Joe Allen - gol pertama liga Allen untuk Liverpool. Strategi sepakan sudut tersebut sama seperti gol Martin Skrtel melawan Man City yang lalu. Bezanya, bola di hantar ke far post dan disudahkan oleh 'runner'.
Berberapa pemain Liverpool di separuh masa pertama kurang tajam. Tetapi keseluruhan pasukan berjaya mengubahnya dan bermain dengan lebih bersemangat selepas rehat. Hasilnya, 2 gol pantas dijaringkan oleh Daniel Sturridge dan Luis Suarez. Perlawanan menjadi lebih terbuka dan Liverpool dapat memasuki kawasan Crystal Palace dengan lebih kerap. Kedudukan menjadi 0-3 dan Liverpool dilihat bakal membawa pulang 3 mata berharga. Pada masa yang sama, Liverpool tidak henti-henti membuat serangan. Liverpool mempunyai misi mengurangkan perbezaan gol sebanyak +9. Tetapi apabila dilihat kembali, mungkin di situlah silapnya.
Minit ke-79, Crystal Palace menjadikan kedudukan 1-3. Ia sepatutnya menjadi amaran buat Liverpool untuk mengawal kembali perlawanan. Belum sempat Liverpool mengatur kembali rentak, Crystal Palace sekali lagi merobek gol Liverpool di minit ke-81. Sebelum gol itu tiba, Liverpool terlepas satu peluang keemasan untuk menjaringkan gol keempat. Dan memang lumrah bola sepak, kita akan dihukum jika tidak mengambil peluang yang ada.
Di sini, Liverpool membuat kesilapan yang ternyata membawa padah. Brendan Rodgers bertindak memasukkan Victor Moses dan bukannya seorang lagi pertahanan - Daniel Agger. Sikap optimis dan keyakinan yang tinggi kadang-kadang tidak membuahkan hasil positif. Malah ia memudaratkan. Liverpool terlalu yakin mampu menjaringkan lagi gol, tetapi lupa akan kekuatan Crystal Palace. Kesilapan Skrtel yang keluar dari posisinya memberi ruang kepada Dwight Gayle untuk menyamakan kedudukan. 3-3 di minit ke-88. Terkejut dan tersentak. Bagaimana semuanya berubah dalam sekelip mata? Liverpool cemas dan cuba mendapatkan kembali gol pendahuluan. Tiada hasil. 2 mata dibuang dan Liverpool sekali lagi tersadung dalam perlumbaan mengejar kejuaraan.
Melihat kembali perlawanan ini dan menentang Chelsea yang lepas, ia patut menjadi pengajaran yang penting buat Liverpool. Benar pendapat panel-panel bola sepak di England. Liverpool kurang berpengalaman dalam keadaan ini. Malah, kelemahan barisan pertahanan Liverpool terserlah di saat-saat genting seperti dalam perlawanan ini. Ia juga menjadi pengalaman untuk Rodgers yang ternyata masih "muda" berbanding pengurus-pengurus kelab-kelab besar yang lain (ketepikan David Moyes). Rodgers sepatutnya memilih untuk bersifat lebih "negatif" dan bertahan apabila keputusan menjadi 2-3. Ternyata ia satu perkara yang naif untuk terus mengasak Crystal Palace dan tidak bertahan apabila perlu. Ramai juga yang berpendapat Liverpool patut bermain untuk mendapatkan keputusan seri menentang Chelsea yang lepas. Tetapi, siapa sangka insiden melibatkan Steven Gerrard boleh berlaku dalam perlawanan itu? Namun, ini bukannya tomahan, tetapi sekadar kritikan membina. Apa yang benar perlu kita utarakan. Rodgers ialah seorang pengurus yang bijak, tenang, dan mempunyai 'class'. Penyokong Liverpool percaya sepenuhnya bahawa dia boleh membawa Liverpool kembali menguasai bola sepak Eropah.
Pada masa yang sama, Rodgers kini pasti dapat melihat kelemahan ketara barisan pertahanan Liverpool. Tiada 'ketua' sebenar di bahagian belakang yang benar-benar boleh mengemudi rakan sepasukan. Liverpool perlu seseorang seperti Jamie Carragher, Vincent Kompany, John Terry, atau Nemanja Vidic. Agger buat masa ini tidak berada dalam prestasi terbaik dan Rodgers lebih gemar memilih Mamadou Sakho. Namun jelas pasangan Skrtel dan Sakho tidak cukup mantap - hanya 1 clean-sheet daripada 17 perlawanan bersama. Skrtel biasanya memang lebih selesa apabila bergandingan dengan Agger. Glen Johnson juga kadang-kadang menjadi liabiliti untuk Liverpool dalam perlawanan-perlawanan tertentu. Kehebatannya menyerang tidak dapat menutup kekurangannya ketika bertahan. Jon Flanagan menjalankan tugas baik di bek kiri, cuma kurang kental dan masih banyak lagi perlu dipelajari pemain muda ini. Perubahan besar di barisan pertahanan perlu dilakukan untuk musim hadapan.
Walaupun begitu, ini tidak bermakna Liverpool tidak layak untuk memenangi liga. Kekuatan barisan serangan dan corak permainan yang memukau menjadi faktor Liverpool berada di kedudukan sekarang. Malah, komitmen dan semangat berpasukan juga adalah diantara sebab kejayaan Liverpool musim ini. Berberapa individu dalam pasukan telah menjadi tunjang utama. Yang paling jelas ialah Luis Suarez. Tangisannya selepas tamat perlawanan menunjukkan betapa kuatnya keinginannya untuk membantu pasukan memenangi liga. Lihat sahaja bagaimana pada satu ketika dalam perlawanan ini, dia berlari mengejar pemain lawan ketika Liverpool diserang balas. Dia berada dalam kotak penalti Liverpool sendiri, satu lawan satu bersama pemain Crystal Palace. Pemain-pemain lain juga turut berusaha keras sepanjang musim ini. Sangatlah menyedihkan apabila terdapat penyokong Liverpool sendiri mentertawakan pasukan selepas tamat perlawanan dan mengatakan Liverpool tidak layak untuk memenangi liga. Malah, ketika di awal musim, ada yang mengatakan Liverpool patut melupakan saingan Eropah selepas mendapat keputusan kurang memuaskan. Mereka sepatutnya lebih positif dan lihat bagaimana skuad ini yang mendapat tempat ke-7 musim lepas berada di kelompok teratas di saat ini.
Ringkasnya, Liverpool terlepas peluang untuk memastikan tekanan terus diberikan kepada Man City. Kejuaraan liga mungkin sudah berada di tangan Man City. Liverpool tetap boleh bergembira kerana berada di kedudukan yang sangat membanggakan. Boleh dikatakan setiap penyokong Liverpool mensasarkan tempat ke-4 liga musim ini. Malah, kita menjangkakan saingan yang sukar di hujung-hujung musim untuk layak ke Liga Juara-juara. Tiada siapa sangka Liverpool akan terlibat dalam perebutan kejuaraan. Banyak perkara positif yang boleh diambil.
Ahad depan, perlawanan terakhir liga Liverpool ialah menentang Newcastle United di Anfield. Kita berharap Liverpool dapat menjalankan tugas dengan baik sekaligus menamatkan musim dengan kemenangan. Mungkin pada masa yang sama kita hanya boleh mengharapkan keajaiban (yang sangat tipis) untuk West Ham menewaskan Man City. Jika ia tidak berlaku, kita tidak perlu bersedih. Kita telah mencapai lebih banyak daripada apa yang disasarkan.
Berberapa pemain Liverpool di separuh masa pertama kurang tajam. Tetapi keseluruhan pasukan berjaya mengubahnya dan bermain dengan lebih bersemangat selepas rehat. Hasilnya, 2 gol pantas dijaringkan oleh Daniel Sturridge dan Luis Suarez. Perlawanan menjadi lebih terbuka dan Liverpool dapat memasuki kawasan Crystal Palace dengan lebih kerap. Kedudukan menjadi 0-3 dan Liverpool dilihat bakal membawa pulang 3 mata berharga. Pada masa yang sama, Liverpool tidak henti-henti membuat serangan. Liverpool mempunyai misi mengurangkan perbezaan gol sebanyak +9. Tetapi apabila dilihat kembali, mungkin di situlah silapnya.
| 0-3 dan semuanya tampak selesa dari situ. (liverpoolfc.com) |
Di sini, Liverpool membuat kesilapan yang ternyata membawa padah. Brendan Rodgers bertindak memasukkan Victor Moses dan bukannya seorang lagi pertahanan - Daniel Agger. Sikap optimis dan keyakinan yang tinggi kadang-kadang tidak membuahkan hasil positif. Malah ia memudaratkan. Liverpool terlalu yakin mampu menjaringkan lagi gol, tetapi lupa akan kekuatan Crystal Palace. Kesilapan Skrtel yang keluar dari posisinya memberi ruang kepada Dwight Gayle untuk menyamakan kedudukan. 3-3 di minit ke-88. Terkejut dan tersentak. Bagaimana semuanya berubah dalam sekelip mata? Liverpool cemas dan cuba mendapatkan kembali gol pendahuluan. Tiada hasil. 2 mata dibuang dan Liverpool sekali lagi tersadung dalam perlumbaan mengejar kejuaraan.
| Gol pemusnah. (liverpoolfc.com) |
Melihat kembali perlawanan ini dan menentang Chelsea yang lepas, ia patut menjadi pengajaran yang penting buat Liverpool. Benar pendapat panel-panel bola sepak di England. Liverpool kurang berpengalaman dalam keadaan ini. Malah, kelemahan barisan pertahanan Liverpool terserlah di saat-saat genting seperti dalam perlawanan ini. Ia juga menjadi pengalaman untuk Rodgers yang ternyata masih "muda" berbanding pengurus-pengurus kelab-kelab besar yang lain (ketepikan David Moyes). Rodgers sepatutnya memilih untuk bersifat lebih "negatif" dan bertahan apabila keputusan menjadi 2-3. Ternyata ia satu perkara yang naif untuk terus mengasak Crystal Palace dan tidak bertahan apabila perlu. Ramai juga yang berpendapat Liverpool patut bermain untuk mendapatkan keputusan seri menentang Chelsea yang lepas. Tetapi, siapa sangka insiden melibatkan Steven Gerrard boleh berlaku dalam perlawanan itu? Namun, ini bukannya tomahan, tetapi sekadar kritikan membina. Apa yang benar perlu kita utarakan. Rodgers ialah seorang pengurus yang bijak, tenang, dan mempunyai 'class'. Penyokong Liverpool percaya sepenuhnya bahawa dia boleh membawa Liverpool kembali menguasai bola sepak Eropah.
Pada masa yang sama, Rodgers kini pasti dapat melihat kelemahan ketara barisan pertahanan Liverpool. Tiada 'ketua' sebenar di bahagian belakang yang benar-benar boleh mengemudi rakan sepasukan. Liverpool perlu seseorang seperti Jamie Carragher, Vincent Kompany, John Terry, atau Nemanja Vidic. Agger buat masa ini tidak berada dalam prestasi terbaik dan Rodgers lebih gemar memilih Mamadou Sakho. Namun jelas pasangan Skrtel dan Sakho tidak cukup mantap - hanya 1 clean-sheet daripada 17 perlawanan bersama. Skrtel biasanya memang lebih selesa apabila bergandingan dengan Agger. Glen Johnson juga kadang-kadang menjadi liabiliti untuk Liverpool dalam perlawanan-perlawanan tertentu. Kehebatannya menyerang tidak dapat menutup kekurangannya ketika bertahan. Jon Flanagan menjalankan tugas baik di bek kiri, cuma kurang kental dan masih banyak lagi perlu dipelajari pemain muda ini. Perubahan besar di barisan pertahanan perlu dilakukan untuk musim hadapan.
Walaupun begitu, ini tidak bermakna Liverpool tidak layak untuk memenangi liga. Kekuatan barisan serangan dan corak permainan yang memukau menjadi faktor Liverpool berada di kedudukan sekarang. Malah, komitmen dan semangat berpasukan juga adalah diantara sebab kejayaan Liverpool musim ini. Berberapa individu dalam pasukan telah menjadi tunjang utama. Yang paling jelas ialah Luis Suarez. Tangisannya selepas tamat perlawanan menunjukkan betapa kuatnya keinginannya untuk membantu pasukan memenangi liga. Lihat sahaja bagaimana pada satu ketika dalam perlawanan ini, dia berlari mengejar pemain lawan ketika Liverpool diserang balas. Dia berada dalam kotak penalti Liverpool sendiri, satu lawan satu bersama pemain Crystal Palace. Pemain-pemain lain juga turut berusaha keras sepanjang musim ini. Sangatlah menyedihkan apabila terdapat penyokong Liverpool sendiri mentertawakan pasukan selepas tamat perlawanan dan mengatakan Liverpool tidak layak untuk memenangi liga. Malah, ketika di awal musim, ada yang mengatakan Liverpool patut melupakan saingan Eropah selepas mendapat keputusan kurang memuaskan. Mereka sepatutnya lebih positif dan lihat bagaimana skuad ini yang mendapat tempat ke-7 musim lepas berada di kelompok teratas di saat ini.
| Gerrard menenangkan Suarez yang sangat kecewa. (Action Images / John Sibley) |