Kemenangan Tipis Berharga

Barclays Premier League - Perlawanan ke-31
Liverpool 2-1 Sunderland

Gerrard 39', Sturridge 48', Ki 76'
26 Mac 2014. Anfield

Liverpool kembali ke Anfield dan kembali ke tangga ke-2 liga selepas menewaskan Sunderland 2-1 semalam. Kemenangan ini juga bermakna Liverpool telah memenangi 7 perlawanan liga beruturut-turut dan masih tidak pernah tewas dalam liga untuk tahun 2014.

Formasi 4-4-2 diamond dan kesebelasan utama menentang Cardiff City Sabtu lepas dikekalkan untuk perlawanan ini. Steven Gerrard tetap dimainkan walaupun berisiko untuk digantung 2 perlawanan jika mendapat kad kuning - kad kuning kesepuluh di kempen domestik sebelum 12 April 2014.

Kesebalasan utama. Formasi 4-4-2 diamond.

Boleh dikatakan rata-rata penyokong dan sesiapapun yang menonton perlawanan ini menjangkakan jaringan gol yang banyak, terutama untuk Liverpool. Mengapa tidak. Sebelum perlawanan, Liverpool sudahpun menjaringkan 82 gol dan gandingan SAS sendiri memperoleh 47 gol diantara mereka. Namun, keputusan berakhir tidak seperti yang diharapkan. Ternyata perlawanan ini lebih sukar berbanding di atas kertas.

Sunderland dibawah kendalian Gus Poyet meletakkan 5 pertahanan untuk perlawanan ini. Poyet memastikan pasukannya padat di hadapan gol dan tidak mudah untuk ditembusi. Strategi ini ternyata berhasil. Liverpool tampak sukar untuk memecahkan kebuntuan apabila pemain Sunderland berkumpul di kawasan kotak penalti.

Pada masa yang sama, serangan Liverpool juga agak gopoh. Walaupun pergerakkan pemain sangat bagus dan sentiasa bergerak pantas, bola terakhir (final ball) Liverpool kurang menjadi. Corak permainan pantas ini memang menarik dan seronok untuk ditonton. Tetapi, tidak semestinya membuahkan hasil. Liverpool sepatutnya perlu lebih sabar ketika membina permainan. Luis Suarez, Daniel Sturridge, dan Philippe Coutinho terutamanya terlalu 'eager' untuk membuat percubaan yang kadang-kala dari sudut yang sukar. Mungkin juga penyokong menjadi faktor kepantasan corak permainan Liverpool. Sudah satu bulan Liverpool tidak bermain di Anfield. Penyokong juga makin teruja dan bersemangat dengan prestasi Liverpool. Sorakan dan sokongan padu menaikkan semangat pasukan yang jelas tidak sabar-sabar untuk membuat serangan. Bukanlah ia sesuatu yang negatif. Malah, ia sangat membantu. Namun, oleh kerana Sunderland terlalu kental di bahagian pertahanan, Liverpool perlu lebih bijak dan tenang membuat serangan, hingga pertahanan Sunderland menjadi leka dan meninggalkan posisi-posisi mereka. Kesemua 8 percubaan Liverpool pada separuh masa pertama adalah dari luar kotak penalti. Permainan lebih terbuka di separuh kedua dan barulah Liverpool dapat memasukki kotak penalti dengan lebih kerap.

8 percubaan.di separuh masa pertama Liverpool dari luar kotak.
(liverpoolfc.tv - Opta)
Percubaan di separuh masa kedua.
(liverpoolfc.tv - Opta)

Walaupun begitu, Liverpool berjaya memecahkan kebuntuan dengan gol hasil sepakan percuma Gerrard, 6 minit sebelum babak pertama tamat. Gol itu ialah gol kesebelasnya musim ini. Gerrard juga kini sudah menjaringkan 170 gol untuk Liverpool, hanya 2 gol lagi kurang untuk menyamai rekod lagenda Kenny Dalglish. Gerrard mengambil alih tugas daripada Suarez membuat percubaan terus melalui sepakan percuma. Gol yang mengingatkan kita kepada zaman kegemilangan Gerrard berberapa tahun yang lalu. Perlu dikatakan juga, penjaga gol Sunderland, Vito Mannone sebenarnya tersalah agak. Dia sudah pun bergerak selangkah ke sebelah kanannya menjangkakan bola akan melepasi benteng. Oleh sebab itu, dia terlambat untuk menepis percubaan Gerrard, yang bijak merembat tepat ke sudut yang lebih mudah baginya. Sturridge menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-48. Gol liga ke-20 Sturridge musim ini.

Gol ke-2 Gerrard musim ini melalui sepakan percuma terus.
(liverpoolfc.tv)

Seperti perlawanan menentang Cardiff City, serangan Liverpool tertumpu di sebelah kanan. Brendan Rodgers menggunakan sepenuhnya kemahiran menyerang Glen Johnson. Formasi Liverpool seolah-olah berat sebelah ke bahagian kanan - oblique. Kedudukan purata (average position) setiap pemain membuktikan pergerakkan mereka cenderung ke arah sayap kanan. Kedudukan purata Johnson ialah di kawasan lawan dan sangat berbeza dengan Jon Flanagan di bek kiri. Ini adalah salah satu daripada kekurangan apabila Flanagan bermain sebagai bek kiri. Ini kerana bek kiri bukanlah posisi sebenarnya dan dia lebih selesa untuk mara ke hadapan jika bermain di sebelah kanan. Tetapi juga, Flanagan tetap bermain dengan baik -  mudah dan selamat. Cuma dia kurang menyerang dan membuat percubaan melepasi pemain lawan (take on) di sayap kiri. Banyak kali juga Flanagan bermain mudah dengan membuat hantaran pendek kepada rakan yang berdekatan di kawasan attacking third. Hanya sekali sahaja dia berjaya masuk ke dalam kotak penalti dan membuat hantaran lintang, yang disambut Sturridge tetapi rembatannya dihalang oleh Suarez (ya, rakan sepasukan sendiri). Flanagan membuat 1 take on (tetapi tidak menjadi) manakala Johnson di sayap kanan membuat 4 take on. Jelas terdapat perbezaan kekuatan bek kiri dan kanan. Liverpool pasti mengharapkan Jose Enrique untuk pulih secepat mungkin memandangkan hanya ada Aly Cissokho (yang kurang meyakinkan) sebagai pelapis bek kiri. Perlu ditekankan juga, walaupun banyak membantu serangan, Johnson banyak kehilangan bola ketika menyerang dan berberapa hantarannya tidak tepat.

Kedudukan purata pemain Liverpool.
(liverpoolfc.tv - Opta)

Aksi Johnson (atas) dan Flanagan (bawah)
Heat map (kiri) & take ons (kanan).(Tekan pada gambar untuk besarkan)

Trio pemain tengah; Gerrard, Joe Allen, dan Jordan Henderson, mempunyai perlawanan yang selesa. Mereka mengawal bahagian tengah dengan baik. Dalam perlawanan ini, Allen dilihat sangat cergas dan mobile. Kedudukannya di dalam padang meliputi seluruh bahagian tengah dengan seimbang disamping membantu Flanagan di bek kiri. Sekali sekala juga dia berjaya membuat larian memasukki kotak penalti. Hanya pada 25 minit akhir perlawanan sahaja Allen lebih banyak bertahan memandangkan Sunderland mula banyak menyerang dan mengawal permainan. Henderson banyak membantu Johnson di sebelah kanan, sama seperti menentang Cardiff City. Kombinasi Henderson dan Johnson telah membuat 57 hantaran sesama mereka - terbanyak dalam perlawanan ini. Ada yang mengatakan Gerrard terlalu kehadapan dan meninggalkan banyak ruang di kawasan Liverpool. Tetapi, ia tidak benar. Kebanyakkan hantarannya ialah di kawasan Liverpool  - 53 daripada 72 (73%). Kedudukann Gerrard juga jelas berada di belakang Allen, Henderson, dan Coutinho.

Kawasan diliputi Allen - 90 minit (kiri) dan 25 minit terakhir (kanan).

Kedudkan Gerrard dan
hantaran dilakukannya.
Kombinasi hantaran. (fourfourtwo.com)

Bercakap tentang Coutinho, perancang dari Brazil ini mempamerkan persembahan yang sangat baik, terutama di separuh masa kedua. Dia bergerak sangat bebas, membuat hantaran-hantaran tepat, menggelecek pemain, dan membuat berberapa percubaan. Namun, seperti yang dikatakan sebelum-sebelum ini, Coutinho masih lagi perlu mempertingkatkan penyudahnya. 4 percubaan telah dibuat olehnya, tetapi tidak menemui sasaran dan mudah ditangkap penjaga gol. Dia juga perlu lebih bijak memilih dan mencari ruang untuk membuat percubaan. Apapun, persembahan menariknya dalam perlawanan ini menjadikannya sebagai pemain terbaik perlawanan.

Sunderland berjaya merapatkan jurang, membuatkan penyokong Liverpool menjadi resah dan berdebar-debar. Jarang sekali musim ini Liverpool berada dalam situasi dimana pasukan lawan mengasak dan Liverpool berusaha mempertahankan kemenangan di minit-minit akhir permainan. Ternyata 3 mata adalah sangat-sangat berharga di peringkat ini. Liverpool juga mengubah formasi daripada 4-4-2 diamond kepada formasi yang menyerupai 4-1-4-1 (selepas kemasukkan Sterling) untuk memastikan asakkan Sunderland dapat dikawal. Gol Sunderland hadir melalui sepakan sudut pada minit ke-76 perlawanan. Flanagan leka di tiang belakang (far post) ketika bola datang ke arahnya. Dia tidak menyedari Ki Sung-Yeung yang lebik peka di belakangnya menerpa ke arah bola. Tambahan lagi, 3 pemain Liverpool tidak membaca bola daripada sepakan sudut itu dengan baik. First-ball yang mudah seperti itu sepatutnya ditanduk keluar oleh pemain yang berada di hadapan.

Kain rentang yang menjelaskan keyakinan Liverpool.
(liverpoolfc.tv)

Persembahan Liverpool kurang hebat seperti dalam perlawanan yang lepas. Namun, menang tetap menang, dan itu lebih penting. Salah satu identiti pasukan yang menjurai liga sebelum ini ialah mereka memanangi perlawanan walaupun bermain kurang baik. Yang penting ialah hasil kerja dan keputusan perlawanan. Ini adalah perlawanan liga ke-7 beruturut dimenangi Liverpool dan saingan liga masih lagi berbaki 7 perlawanan. Perlumbaan ke garisan penamat semakin sengit. Diharap Liverpool mampu menamatkannya di tempat pertama. Make us dream!

Leave a Reply