6 Gol di Wales

Barclays Premier League - Perlawanan ke-30
Cardiff City 3-6 Liverpool

Mutch 9', Suarez 16', Campbell 25', Skrtel 41', Skrtel 54', Suarez 60',
Sturridge 75', Mutch 88', Suarez 90'

22 Mac 2014. Cardiff City Stadium

Minggu ini menyaksikan 3 kelab teratas liga membelasah lawan masing-masing. Chelsea membuat kejutan besar dengan mengalahkan Arsenal 6-0 di Stamford Bridge (kad merah Kieran Gibbs menjadi faktor). Man City pula meratah Fulham 5-0 juga di laman sendiri, di mana Yaya Toure menjaringkan hat-trick pertamanya bersama Man City. Liverpool tidak ketinggalan menyertai minggu 'goals galore' Liga Perdana Barclays. Pasukan dari Wales, Cardiff City yang dimiliki oleh usahawan Malaysia, Vincent Tan, ditewaskan Liverpool 3-6.

Brendan Rodgers mengekalkan formasi yang sama seperti menentang Man Utd lepas. Hanya satu perubahan dilakukan iaitu Philippe Coutinho disenaraikan dalam kesebelasan utama menggantikan Raheem Sterling. John Flanagan kekal sebagai pertahanan kiri dan Glen Johnson berada di sebelah kanan.

Kesebelasan utama. Formasi 4-4-2 diamond.

Luis Suarez berjaya meledak hat-trick ketiganya musim ini - 28 gol liga setakat ini. Bek tengah, Martin Skrtel pula menjaringkan gol keenamnya musim ini dan ini adalah kali kedua dia menjaringkan 2 gol dalam satu perlawanan. Daniel Sturridge turut berada dalam senarai penjaring dengan 1 gol.

Seperti biasa, gandingan Suarez dan Sturridge menunjukkan taring mereka. Setakat ini bagi tahun 2014, gandingan SAS terlibat sebagai penjaring gol dalam kesemua perlawanan liga. Salah seorang daripada mereka pasti menjaringkan sekurang-kurangnya 1 gol. Stoke City, Everton, dan Cardiff City adalah tiga pasukan lawan yang menyaksikan kedua-dua mereka menjaringkan gol tahun ini. Suarez dan Sturridge bergandingan baik dalam perlawanan iini dengan menjaringkan gol dan melakukan assist sesama mereka. Tidak boleh dinafikan lagi betapa hebatnya gandingan ini dan pentingnya mereka kepada pasukan.

Suarez melengkapkan hat-trick di babak akhir perlawanan.
(liverpoolfc.tv)
Perlawanan ini membuktikan kepelbagaian kekuatan serangan Liverpool. 2 gol terhasil melalui build-up play yang sabar dan kemas, 2 gol melalui serangan balas yang direct, dan 2 gol lagi melalui situasi set-piece (1 gol secara tidak langsung).

Gol yang menarik ialah gol penyamaan Liverpool pada minit ke-16 selepas ketinggalan 0-1. Liverpool tenang mengawal bola, bertukar-tukar hantaran, dan akhirnya menjaringkan gol. Sebanyak 22 hantaran di kawasan Cardiff City dibuat Liverpool termasuk killer pass oleh Jordan Henderson kepada Johnson yang melorongkan kepada Suarez untuk gol penyamaan (1 hantaran tidak tepat Sturridge di antara 22 hantaran tersebut diabaikan). Gol ini menterjemahkan gaya bola sepak yang diterapkan Rodgers. Patient build-up ini menyamai corak permainan Barcelona dan Bayern Munich dimana pemain bertukar-tukar hantaran pendek, recycle possession, dan menunggu pemain menjadi lawan leka sebelum memecah masuk melepasi pertahanan melalui larian atau hantaran.

Build-up gol pertama Suarez. (Opta)

Serangan Liverpool tertumpu di sebelah kanan. Johnson dan Henderson menampilkan persembahan mantap di bahagian tersebut. Johnson terutamanya, sentiasa membuat larian ke hadapan dan membantu serangan. Tambah lagi, disitulah kawasan di mana Cardiff City agak lemah. Posisi bek kiri Cardiff City diisi pemain pertahanan berumur 18 tahun, Declan John. Liverpool mengambil kesempatan dengan menggunakan kelebihan pengalaman Johnson. Dia membuat 2 key pass dan 1 daripadanya ialah assist untuk gol pertama Suarez.

Hantaran dan heat map kedudukan Johnson dan Henderson.
(tekan pada gambar untuk zoom in)
 
Kombinasi hantaran. Johnson dan Henderson
bertukar-tukar hantaran paling banyak.
(fourforutwo.com)

Di bahagian tengah pula, Coutinho dan Steven Gerrard beraksi cemerlang. Walaupun di tengah padang agak padat dan crowded pada separuh masa pertama, Liverpool masih mampu mengawal permainan dengan baik. Mungkin itu adalah strategi pengurus Cardiff City, Ole Gunnar Solskjaer. Mereka tidak mahu Liverpool mendominasi permainan. Liverpool terpaksa membuka permainan dan ruang. Cardiff City bijak mengeksploitasikan keaadaan ini melalui berberapa serangan balas. Hasilnya, mereka mendahului Liverpool dua kali di separuh masa pertama. Namun begitu, pengalaman, ketenangan, dan keyakinan pemain-pemain Liverpool memastikan keputusan perlawanan tidak berpihak kepada Cardiff City. Coutinho dilihat lebih bebas dan selesa bermain di posisi kegemarannya. Gerrard juga sudah biasa bermain sebagai deep-lying playmaker. Dia banyak membuat hantaran-hantaran jauh yang tepat ke setiap pelusuk padang dan pada masa yang sama tenang mengawal tempo permainan di hadapan barisan pertahanan.

Bercakap mengenai barisan pertahanan, Rodgers sudah pasti kecewa dengan mereka. 3 gol dibolosi kelab yang berada di kedudukan bawahan liga. Gol-gol yang dibolosi pula agak mudah oleh keranan kelalaian dan kesalahan pemain Liverpool sendiri.

Gol pertama Cardiff City terhasil apabila Joe Allen gagal membuat hantaran kemas kepada Flanagan di kawasan bahaya. Jordon Mutch tidak mensia-siakan peluang yang ada. Pada masa yang sama, Daniel Agger tidak bersungguh-sungguh melakukan tekanan kepada Mutch. Hanya Gerrard yang terkial-kial cuba menghalang percubaan Mutch itu.

Agger perlu lebih cepat membuat tekanan.

Cardiff City sekali lagi mendahuli melalui Fraizer Campbell. Kali ini kedudukan Flanagan yang terlalu jauh dengan Agger membuka ruang luas untuk Campbell menjaringkan gol kedua Cardiff. Mungkin Flanagan juga mengharapkan Gerrard membantunya kerana dia sedang memerhatikan pergerakkan Fabio di hadapannya. Pada masa yang sama, Agger perlu segera mengawal pergerakkan Campbell memandangkan Skrtel sudahpun berada di belakangnya untuk mengawal seorang lagi pemain lawan. Agger juga terlalu mudah digelecek oleh Campbell. Bagi seorang pertahanan yang berpengalaman, dia sepatutnya perlu lebih kental dan tidak mudah dilepasi. Jelas, misscommunication, kelalaian, dan pertahanan yang tidak tersusun membawa padah. Jika Liverpool mengeksploitasikan kelemahan bek kiri Cardiff City, mereka juga bertindak melakukan perkara yang sama di bahagian bek kiri Liverpool.

Flanagan meminta bantuan Gerrard sambil dia
mengawal pergerakan Fabio.
.
Ruang yang luas ditinggalkan Flanagan. Agger dan Gerrard patut
lebih bertanggungjawab mengawal larian Campbell. 

Kelalaian pertahanan Liverpool dihukum Cardiff City untuk kali ketiga di separuh masa kedua. Pada mulanya, berlaku salah faham (sekali lagi) di antara Aly Cissokho (yang menggantikan Flanagan) dan Allen. Mereka tidak membuat keputusan siapa yang patut membuat tekanan dan siapa yang mengikut larian pemain lawan. Mudah untuk Kevin Theophile-Catherine untuk membuat hantaran lintang ke dalam kotak penalti. Hantaran tersebut disambut Kenwyne Jones dan disudahkan Mutch. Skrtel dan Agger gagal membuat marking yang sepatutnya terhadap pemain Cardiff City. Mereka berdiri terlalu jauh daripada mereka dan tidak membaca hantaran lintang dengan baik. Pasti Rodgers akan melihat semula semua kesalahan-kesalahan ini dan memastikan ia tidak lagi berlaku dalam perlawanan-perlawanan akan datang.

Cissokho mengarahkan Allen membuat tekanan kerana dia
mengikuti larian Zaha. 

1. Salah faham Allen dan Cissokho membiarkan pemain lawan
membuat hantaran.
2. Skrtel tidak membuat tight marking.
3. Agger menjangkakan hantaran dan segera membuat marking.
4. Henderson perlu turut membantu memastikan larian Mutch dikawal.

Secara keseluruhan, persembahan Liverpool sangat meyakinkan ketika menyerang. Berberapa kesalahan di bahagian pertahanan perlu diperbaiki selepas ini. Suarez dan Sturridge terus menjadi nadi utama kemaraan Liverpool mencabar kejuaraan liga. Liverpool akan kembali ke Anfield Rabu ini menentang Sunderland. 3 mata wajib diperoleh daripada perlawanan ini. Mungkinkah kita dapat melihat Suarez menjaringkan gol ke-30? Atau mungkin Sturridge yang melepasi bilangan 20 gol liga musim ini? Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply