Barclays Premier League - Perlawanan ke-29
Man Utd 0-3 Liverpool
Gerrard 34' (pen), Gerrard 46' (pen), Suarez 84'
16 Mac 2014. Old Trafford
What a win! Liverpool berjaya meratah Man Utd 3 gol tanpa balas di laman mereka. Ini bermakna, peluang Liverpool untuk ke Liga Juara-juara Eropah musim depan semakin cerah dan saingan kejuaraan liga makin terbuka.
Liverpool mempunyai banyak masa untuk rehat dan persediaan menghadapi hari besar ini selepas rehat dua minggu tanpa sebarang perlawanan. Dengan itu, Brendan Rodgers mempunyai banyak masa untuk menerapkan taktikalnya dalam pasukan.
Kesebelasan utama yang dipilih hampir sama dengan yang menentang Southampton awal bulan lalu. Hanya satu perbuahan, Raheem Sterling dimasukkan menggantikan Philippe Coutinho. Formasi yang digunakan ialah 4-4-2 diamond atau mungkin juga boleh dikatakan sebagai 4-1-2-1-2. Percaturan taktikal Rodgers untuk perlawanan ini adalah sangat tepat dan membuahkan hasil.
![]() |
| Kesebelasan utama. Formasi 4-4-2 diamond. |
Pertama sekali, Sterling dipilih untuk bermain di belakang dua penyerang utama. Sterling berada dalam prestasi terbaik sementara Coutinho menurun sedikit baru-baru ini. Pada masa yang sama, fungsi Sterling di posisi itu berbeza dengan kebiasaan.Dia bermain sebagai penyerang ke-3 dalam pasukan dan bukannya sebagai perancang (number 10 playmaker). Tugas Sterling ialah membuat larian ke hadapan (kotak penalti atau channel) dan bukannya merancang permainan melalui hantaran dan through-ball. Rodgers mahu menggunakan kepantasan Sterling untuk melepasi pertahanan Man Utd - releasing the 3rd man. Ini bermakna, pemain tengah Man Utd, Michael Carrick dan Marouane Fellaini, tidak dapat bergerak terlalu ke hadapan supaya dapat memastikan Sterling sentiasa dalam pandangan mereka. Sterling berberapa kali berjaya membuat larian dan berada di kawasan sayap (channel) terutama di sebelah kanan. Ada satu ketika, dia berjaya membuat larian ke dalam kotak penalti melepasi celah dua pemain. Sedikit sebanyak, taktikal ini dapat menjana berberapa pergerakan bahaya Liverpool ketika menyerang.
Di bahagian tengah pula, Rodgers memilih untuk menggunakan formasi diamond. Sterling membuat tekanan di tengah-tengah padang, Steven Gerrard bertindak sebagai holding-midfielder, sementara Joe Allen dan Jordan Henderson membuat tekanan di bahagian masing-masing. Rodgers mahu bahagian tengah Liverpool lebih padat (compact) dan tersusun. Sebab itulah trio Gerrard, Allen, dan Henderson di kekalkan. Sama seperti dalam perlawanan menentang Southampton, Henderson dan Allen ditugaskan membantu Glen Johnson dan Jon Flanagan ketika bertahan. Ketika menyerang, mereka turut bergerak ke hadapan membantu rakan sepasukan. Ternyata Rodgers mahu menggunakan sepenuhnya tenaga dan mobility yang ada pada mereka. Sekali lagi, taktikal ini membuahkan hasil kerana Liverpool dapat mengawal pergerakan pemain Man Utd. Hanya satu percubaan ke arah gol dilepaskan Liverpool sepanjang perlawanan.
Kembali kepada Sterling tadi, pergerakkannya agak terhad bermain di posisi itu. Dia bukanlah secara semula jadinya seorang pemain tengah. Kekuatannya tertumpu kepada kepantasan dan kebolehan menggelecek. Jadi, dia berfungsi dengan lebih bagus di bahagian sayap. Dapat kita lihat, banyak masa Sterling dalam perlawanan ini di habiskan di kawasan sendiri membantu rakan sepasukan bertahan. Apabila Liverpool sudah selesa dihadapan, barulah Coutinho dimasukkan bagi memastikan bola dapat dikawal dengan lebih baik. Walaupun begitu, kerana kerajinan dan kepantasannya, Sterling turut mara ke hadapan ke kawasan lawan dan melibatkan diri apabila Liverpool menyerang.
![]() |
| Peratusan kedudukan Sterling dalam padang. |
Pujian harus diberikan kepada Flanagan kerana bermain dengan sangat baik. Walaupun kurang berpengalaman dan dilayangkan kad kuning awal permaianan, dia terus fokus sepanjang perlawanan bagi memastikan Rafael dan Janujaz tidak melepasinya. Dia dibantu Allen yang juga turut memberikan persembahan yang mantap. Pada separuh masa kedua, Agger turut memberi bantuan kepada Flanagan, yang mungkin mendapat arahan oleh Rodgers setelah dapat melihat ancaman serangan Man Utd.
Di bahagian serangan, Luis Suarez dan Daniel Sturridge seperti biasa bergerak dengan bebas, mengkucar-kacirkan pertahanan lawan. Kekuatan mereka tertumpu kepada kerajinan mereka membuat larian-larian tanpa bola melepasi pertahanan Man Utd, walaupun banyak larian yang hanya sekadar umpan atau 'decoy' untuk mengelirukan pemain lawan dan membuka ruang untuk rakan sepasukan. Terdapat perbezaan jelas diantara sumbangan gandingan Suarez dan Sturridge berbanding gandingan Rooney dan Van Persie. Kedua-dua Suarez dan Sturridge bekerja keras di luar kotak penalti dan juga kerap berada dalam kotak penalti mengundang bahaya kepada pasukan lawan. Sementara Rooney sibuk merancang permainan di tengah padang dan hanya sekali-sekala berada di dalam kotak penalti. Van Persie pula tidak tajam dan membahayakan. Dia menyentuh bola berberapa kali sahaja sepanjang perlawanan. Hanya satu percubaan melalui tandukannya yang mungkin boleh menghasilkan gol.
![]() |
| Purata kedudukan aksi Suarez dan Sturridge. (tekan pada gambar untuk zoom in) |
![]() |
| Purata kedudukan aksi Rooney dan Van Persie. (tekan pada gambar untuk zoom in) |
Sebelum perlawanan, kali terakhir Man Utd memberikan penalti dalam perlawanan liga kepada pasukan lawan di Old Trafford ialah bulan Disember 2011. Manakala Liverpool pula, ialah pasukan yang paling banyak mendapat penalti musim ini (10 penalti termasuk perlawanan ini) - lagi banyak dan bahaya serangan, lebih banyak peluang untuk pemain lawan membuat kesalahan dalam kotak penalti. Jadi, ia adalah satu perkara yang sangat menarik apabila Liverpool dihadiahkan 3 penalti menentang Man Utd di Old Trafford.
2 daripada 3 penalti Liverpool memang jelas patut diberikan. Rafael menyentuh bola dengan sengaja dan Phil Jones melanggar Allen dengan kasar dari belakang. Penalti yang diperoleh apabila Sturridge terjatuh selepas dibentes Nemanja Vidic tidak patut diberikan. Secara jujurnya, memang Sturrdige telah berlakon atau dive dalam situasi tersebut. Satu perkara yang tidak patut dilakukannya. Tetapi bentesan Vidic sendiri mengundang Sturridge untuk merebahkan badan. Tanpa teragak-agak, Vidic melibas kakinya untuk mendapatkan bola, tetapi tersalah agak. Dari sudut pandangan pengadil perlawanan, ia seolah-olah bentesan yang menjatuhkan Sturridge, walaupun sebenarnya tidak mengenai kakinya.
Walaubagaimanapun, Gerrard gagal menyempurnakan penalti ke-3 untuk hari itu. Malang buat Gerrard yang hampir menjadi pemain lawan yang berjaya menjaringkan hat-trick di Old Trafford setelah sekian lamanya. Dua penalti sebelum itu sangat cantik - deras dan tepat menerjah jaring. Gerrard masih boleh dianggap sebagai 'pakar sepakan penalti'. Dia telah menjaringkan 48 penalti bersama Liverpool dan menyempurnakan 30 daripada 34 penalti terakhirnya.
| Gambar Gerrard menjaringkan sepakan penalti yang sudah menjadi kebiasaan musim ini. |
| Gerrard's trademark 'kissing camera' celebration at Old Trafford. |
Ada dua lagi insiden di mana Liverpool patut mendapat penalti. Awal permainan, Suarez dikasari dua kali dalam masa berberapa saat dalam kotak penalti. Tetapi, dia tidak mahu menjatuhkan diri dan cuba untuk terus berlari mengawal bola. Pujian diberikan kepadanya setelah dikritik hebat musim-musim lepas kerana gemar berlakon untuk mendapatkan penalti. Perkara sama berlaku apabila Carrick menyepak kaki Sturridge. Kesalahan Carrick itu lebih benar dan jelas berbanding kesalahan Vidic yang mengakibatkannya dibuang padang sebelum itu. Mungkin pengadil perlawanan sendiri teragak-agak untuk memberikan empat sepakan penalti dalam satu perlawanan. Man Utd pula berang kerana merasakan mereka juga patut mendapat dua sepakan penalti. Tetapi, insiden bola terkena tangan Johnson hanyalah situasi 'ball to hand'. Manakala Rooney tidak dikasari Skrtel tetapi momentumnya sendiri yang membuatkan dia melanggar Skrtel.
Suarez menjaringkan gol ketiga perlawanan sekaligus menamatkan sisa-sisa perjuangan Man Utd. Sebelum itu, satu percubaan jarak dekatnya berjaya ditepis David De Gea. Harus dikatakan, tepisan yang sangat hebat oleh penjaga gol dari Sepanyol itu. Kemasukan Coutinho dan Lucas memastikan Liverpool mengawal permainan di hujung babak separuh masa kedua. Lucas yang dimasukkan pada minit ke-86, berjaya membuat 18 hantaran tepat daripada 19 hantaran. Sementara Tom Cleverly yang masuk pada minit ke-75 hanya membuat 6 hantaran tepat. Manakala Van Persie pula hanya membuat 13 hantaran tepat sepanjang 90 minit perlawanan. Statistik yang menarik dan menggambarkan kualiti Liverpool musim ini berbanding Man Utd.
| Gol ke-25 liga Suarez setakat ini. |
Perlu diingatkan, ini adalah skuad Man Utd yang sama memenangi liga musim lepas, ditambah dengan kekuatan Mata dan Fellaini. Manakala untuk Liverpool, semua pemain dalam kesebelasan utama adalah pemain musim lepas kecuali Mignolet. Sudah banyak pemningkatan oleh Liverpool - dari segi taktikal dan juga mentaliti pemain. Perkara yang sebaliknya berlaku kepada musuh utama Liverpool itu pula. Walaupun misi yang sukar, Liverpool kini masih berjuang untuk memenangi liga. Manakala Man Utd pula berjuang untuk layak ke Liga Europa musim depan. How the tables have turned...
Kemenangan ini bukan sahaja memberi 3 mata berharga, malah melonjakkan moral pasukan. Kemenangan yang sangat membanggakan. Liverpool berjaya membuat Man Utd seolah-olah pasukan pertengahan liga. Tinggal 9 lagi perlawanan liga bakal ditempuhi Liverpool. Cardiff City dan Sunderland adalah dua lawan seterusnya. 3 mata dalam dua perlawanan tersebut wajib diperoleh jika mahu terus mencabar kejuaraan liga.
Sumber gambar: liverpoolfc.tv
Sumber statistik: whoscored.com, squawka.com, Opta.





