Musim Baru Bermula Dengan Kemenangan

Musim 2014/2015 telahpun bermula! Liverpool bertemu Southampton di Anfield untuk perlawanan pertama liga musim ini. Sama seperti musim lepas, Liverpool menempah kemenangan melalui perlawanan yang agak sukar...

Nota Penulis: Liverpool, Malaysia, Imej Baharu

Sedikit catatan buat pembaca dari meja penulis.

Apologis untuk Brendan

Beri masa kepada Brendan Rodgers.

Apologis untuk Brendan

Beri masa kepada Brendan Rodgers.

Archive for 2013

Tersungkur di Anfield

Barclays Premier League - Perlawanan ke-5
Liverpool 0-1 Southampton
21 September 2013. Anfield


Rekod sebelum perlawanan bermula menunjukkan bahawa Liverpool boleh mendapatkan kemenangan selesa keatas Southampton. Liverpool tidak tewas untuk 13 perlawanan terakhir termasuk Piala Liga Capital One dan 8 perlawanan dari musim lepas (5 musim ini). Kali akhir Liverpool tewas di Anfield pula adalah pada 11 Februari 2013 menentang West Brom - tanpa kalah 9 perlawanan seterusnya di Anfield. Southampton pula berkunjung ke Anfield dengan hanya 1 kemenangan daripada 4 perlawanan liga musim ini. Satu-satunya kekurangan sebelum sepak mula ialah ketiadaan Coutinho yang cedera ketika menentang Swansea Isnin lepas (Suarez masih dalam penggantungan). Namun, apa yang berlaku di padang menunjukkan sebaliknya daripada apa yang tercatat di rekod.

Starting XI
Formation 4-2-3-1
Brendan Rodgers membuat kejutan dengan memainkan 4 center-back dalam kesebelasan utama. Toure & Sakho bermain sebagai right-back & left-back. Skrtel & Agger pula kekal di tengah. Sebab Enrique tidak dimainkan pada mulanya tidak dapat dipastikan. Selepas tamat perlawanan, Rodgers menyatakan Enrique mengalami sedikit kecederaan ringan. Tiada kelainan di bahagian tengah & serangan selain Aspas menggantikan Coutinho untuk bergerak di belakang Sturridge. Mulanya formasi dan pilihan pemain ini nampak kuat dan meyakinkan. 4 center-back di bahagian belakang bermakna serangan Southampton mesti bermain di tahap yang terbaik untuk menjaringkan sebarang gol. Membayangkan fizikal & cara permainan 4 pertahanan tersebut sudah cukup menggentarkan pihak lawan.

Tetapi, ketika perlawanan sedang dimainkan barulah boleh kita nampak Sakho & Toure tidak begitu selesa bermain sebagai full-back, terutama Sakho di bahagian kiri. Sakho gemar memegang (dwell) bola agak lama daripada yang diperlukan. Mungkin kerana dia sudah terbiasa dengan corak permainan di Liga Perancis yang kebiasannya agak loose dan kurang tekanan daripada pihak lawan. Toure boleh dikatan agak baik di sebelah kanan dan membantu sedikit sebanyak ketika menyerang. Pada satu ketika, Toure berjaya memasukki kotak penalti Southampton dan hampir membuat percubaan. Agger pula sepatutnya tidak dimainkan kerana masih lagi belum cukup cergas untuk perlawanan ini. Mungkin Rodgers terpaksa memainkan Agger memandangkan tiada left-back selain Enrique dan Sakho terpaksa memenuhi kekosongan itu. Enrique terpaksa direhatkan untuk perlawanan Rabu ini. Selain itu, Wisdom masih lagi belum mendapat rentak musim ini dan agak berisiko untuk memainkannya. Kelly pula masih belum cergas sepenuhnya. Pertahanan Liverpool nampak goyah sekali-sekala walaupun tidaklah begitu teruk. Southampton pula hanya dapat menjaringkan gol melalui sepakan sudut. Sesuatu yang sangat mengecewakan apabila gol dilepaskan kerana marking yang tidak kemas ketika set-piece. Cara tipikal Liverpool mensia-siakan usaha keras.

Lovren menjaringkan gol kemenangan Southampton
- liverpoolfc.com

Persembahan Liverpool di bahagian tengah & serangan pula teruk & mengecewakan. Gerrard & Lucas terutamanya tampak lemah & mudah lepasi oleh pemain Southampton yang membuat larian bersama bola. Terlalu banyak ruang kosong di tengah padang dan pemain-pemain tengah Southampton mengeksploitasikan sepenuhnya kelemahan Liverpool tersebut. Tidak pasti apa yang berlaku kepada Gerrard & Lucas. Walaupun mereka berusaha keras (Lucas membuat 4 interception), sesuatu yang tidak kena dengan mereka menyebabkan Liverpool tidak dapat mengawal permainan dengan baik di tengah-tengah padang.

Aspas sekali lagi gagal menunjukkan kebolehan sebenar dirinya. Kehadirannya dalam padang tidak dapat dikesan dan tidak memberi sebarang sumbangan penting. Mungkin bermain sebagai top-striker, iaitu posisi kegemarannya dapat menyelesaikan masalah pada masa hadapan. Sturridge yang menjadi tunggak utama serangan Liverpool pula tidak dapat mengubah perlawanan. Henderson bermain baik dan rajin mengejar bola. Dia lebih selesa bermain di tengah apabila Sterling dimasukkan pada separuh masa kedua. Kemasukkan Sterling hampir-hampir mengubah jaringan perlawanan. Dia mendapat peluang keemasan di minit-minit akhir tetapi disia-siakan apabila sentuhan pertama terlalu kuat. Itu telah melengkapan hari yang mengecewakan untuk Liverpool.

Satu-satunya pemain yang nampak seperti boleh menghasilkan sesuatu ialah Moses. Berberapa gelecekan dan pegerakan beraninya melepasi pertahan Southampton hampir menyumbangkan gol. Namun, dia seorang tidak bolah mengubah situasi. Jelas Liverpool sangat memerlukan sentuhan playmaker yang kreatif; Couthinho. Walaupun menurut statistik Coutinho belum dapat mencipta peluang musim ini, tanpa kelibatnya, tiada pergerakan di bahagian serangan yang dapat membuka ruang pertahanan lawan. Kembalinya Suarez untuk perlawanan seterusnya pasti dapat menyelesaikan masalah ini. Sesuatu yang patut dijadikan pengajaran bahawa bergantung kepada seorang playmaker dalam sistem permainan ini akan menimbulkan masalah apabila pemain tersebut tiada. Ambil contoh Tottenham & Arsenal yang memiliki lebih daripada seorang perancang kreatif; Sigurrdson, Eriksen, Holtby, Lamela (Tottenham), dan Ozil, Wilshere, Arteta, Cazorla (Arsenal). Liverpool hanya mempunyai Coutinho & Suarez, dimana Gerrard kini bermain lebih kepada sebagai midfielder yang mengawal tempo di bahagian tengah kerana faktor fizikal & usianya.

Southampton mungkin sedikit-sebanyak berhak mendapat mata di Anfield kerana permainan mereka yang konsisten. Mereka membuat pressing awal di kawasan Liverpool sepanjang perlawanan. Mignolet dan barisan pertahanan over-confident, membuat banyak hantaran pendek untuk menyimpan bola. Ada masa hantaran-hantaran mereka terlalu banyak, lambat dikeluarkan ke bahagian tengah, dan hampir-hampir membawa padah. Bahagian tengah dan serangan pula tidak mengambil peluang sepenunya apabila ruang-ruang kosong luas ditinggalkan pemain tengah Southampton ketika mereka membuat pressing. Menurut statistik, hantaran ke kawasan attacking third bagi kedua-dua pasukan seimbang - Liverpool (139 hantaran, 88 tepat) & Southampton (131 hantaran, 80 tepat). Ini menunjukkan tidak banyak beza penguasan serangan. Daripada segi persembahan penjaga gol, Mignolet cukup cemerlang. Jika tidak kerananya, Liverpool pasti sudah dimalukan dengan jaringan 2 atau 3 tanpa balas. Dapat juga kita buat kesimpulan betapa pentingnya natural full-back dalam sistem bola sepak Liverpool. Ketiadaan Johnson & Enrique memberi kesan secara langsung ketika menyerang.

Perlawanan seimbang - fourfourtwo.com

Kekalahan ini patut dijadikan pengajaran kepada Liverpool. 3 perlawanan pertama liga Liverpool menang dengan gol tunggal dan pertahanan yang kental. Situasi ini tidak mungkin berlaku untuk 35 perlawanan seterusnya seperti yang berlaku menentang Swansea Isnin lepas. Barisan hadapan perlu lebih ruthless mencari peluang.  Rodgers kini sudah pasti sedar bahawa kesebelasan utama yang biasa perlu digunakan. Walaupun menentang kelab yang bukan kelab atasan, Rodgers tidak boleh menjadikannya medan untuk melakukan eksperimen. Memandang balik kepada perlawanan tersebut, mungkin adalah lebih baik untuk mengambil risiko dengan memainkan Enrique dan Wisdom. Memang kekalahan ini boleh diletakkan kepada Rodgers. Namun, kesalahan-kesalahan ini biasa dilakukan oleh mana-mana pengurus pasukan - sebahagian daripada pengalaman. Rodgers seorang pengurus yang bijak. Dia pasti akan menganalisis semula perlawanan ini secara teliti dan memastikannya ia tidak akan berulang lagi. Perlawanan seterusnya ialah menentang Manchester United di Old Trafford dalam saignan Piala Liga (awal pagi Khamis waktu Malaysia). Suarez sudah pasti akan diturunkan dan kita tidak sabar untuk melihat kelibatnya.

Harimau Muda Garang di Kuantan

This entry is written in Malay. English version will be posted soon.

Saingan Pesta Bola Merdeka 2013 telah pun bermula pada Sabtu lepas. Kejohanan kali ini desertai 4 pasukan negara bawah 23 tahun; Malaysia, Thailand, Singapura, & Myanmar. Pesta Bola Merdeka (Merdeka Tournament) ini pada mulanya dianjurkan di Kuala Lumpur setiap tahun bermula dari tahun 1957 sempena kemerdekaan negara kita. Pelbagai pasukan dari serata dunia pernah dijemput untuk menyertai kejohanan ini. Namun, hanya 4 pasukan tersebut yang dapat menyertai edisi kali ini. Ini pun sudah dikira baik memandangkan Pesta Bola Merdeka tidak dianjurkan pada 2009 sehingga 2012. Berbeza dengan sebelum ini, kejohanan kali ini diadakan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang, dan bukannya di Kuala Lumpur mahupun Selangor. Ini sudah tentu berikutan masalah kualiti padang di Stadium Nasional Bukit Jalil dan pihak penganjur mahu memberi peluang untuk peminat bola sepak Malaysia di Pantai Timur terutama Pahang, untuk turun ke stadium dengan lebih mudah. Tambahan lagi, kualiti padang di Stadium Darul Makmur ditahap terbaik dan dijaga dengan rapi. Mungkin kejohanan akan datang boleh diadakan di Larkin, Johor pula untuk peminat di Selatan tanah air meyokong pasukan Malaysia dengan lebih dekat.

Skuad Malaysia diwakili oleh skuad bawah 23 tahun (diberi gelaran Harimau Muda) yang dibimbing Ong Kim Swee. Seperti yang kita tahu, skuad ini memang mendapat perhatian oleh penyokong kerana mempunyai ramai bakat-bakat muda yang bakal mewakili skuad senior pada masa hadapan. Antara pemain yang sering disebut-sebut; Nazmi Faiz, Wan Zack, Irfan, Syahrul Azwari, & Thamil Arasu. Di bahagian pertahanan, Fadhli Saas dianggap paling berpengalaman kerana dia adalah regular starter untuk skuad senior Malaysia kendalian Datuk K. Rajagopal. Kemasukkan Junior Eldstal dari pasukan Sarawak menambah kekuatan skuad OKS, Junior atau nama sebenarnya Putera Nadher Amarhan, adalah seorang pemain kacukan Sweden & Sabah. Dia pernah bermain untuk berberapa pasukan di liga divisyen bawahan di England pada zaman remajanya. Boleh bermain sebagai center-midfielder atau center-back, mempunyai kawalan bola yang tenang, bermain hantaran-hantaran pendek mudah, & menggunakan fizikalnya yang besar merebut & menyimpan bola. Saya cukup kagum dan meminati pemain ini. Diharap dia dapat membentuk gandingan mantap dengan Nazmi Faiz (yang lebih kepada permainnan lincah tetapi tenang) untuk skuad Harimau Muda ini.

Untuk perlawanan pertama, Malaysia berdepan dengan Singapura. Saya tidak pasti samada Singapura menghantar pasukan yang sama bermain di Liga Malaysia atau tidak. Walaubagaimanapun, Malaysia tampil dengan lebih bersemangat dan memenangi perlawanan pertama 1-0 hasil jaringan Thamil Arasu. Permainan dimainkan ketika hujan lebat dan padang yang sangat basah. Tak banyak yang boleh dianalisis dari segi taktikal memandangkan pergerakan pemain dan bola tidak begitu lancar. Apa yang jelas pada perlawanan ini ialah bagaimana Junior sudahpun tampak serasi dengan rakan sepasukan walaupun baru menyertai skuad Harimau Muda ini.

Perlawanan kedua Malaysia menentang Myanmar berkesudahan dengan Malaysia mengumpul 3 mata penuh. Malaysia menang 2-1 hasil jaringan ketua pasukan, Irfan, & Wan Zack. Ini bermakna Malaysia sudahpun layak untuk bermain di final (pemenang tempat pertama & kedua dalam kumpulan). OKS menggunakan formasi 4-2-3-1 dengan Thamil Arasu sebagai top striker. Namun, sepanjang perlawanan kita dapat lihat formasi berubah seakan-akan kepada 4-3-3 apabila mengawal perlawanan dengan Wan Zack & Sarvindran membuat larian masuk ke belakang full-backs Myanmar. Taktikal ini memang jelas sejak dari perlwanan menentang Singapura dan hampir-hampir membuahkan hasil kali ini. Hasil daripada larian-larian tersebut, Wan Zack mendapat 2 peluang tetapi disia-siakan apabila kawalan bolanya yang tidak kemas. Kawalan bahagian tengah Malaysia agak baik pada awalnya. Tetapi, pada 20 minit terakhir separuh masa pertama, Malaysia mula menghantar bola jauh ke arah 3 pemain yang berada di barisan hadapan - Sarvindran, Thamil, & Wan Zack. Ini menyebabkan Malaysia tidak mengawal permainan dan lebih banyak mengejar bola. Myanmar berjaya mencuri 1 gol dari sepakan sudut apabila Malaysia tampak lalai. Sudah pasti OKS tidak gemar dengan persembahan pemain kerana banyak peluang disia-siakan & bolos gol mudah.

Separuh masa kedua Malaysia kekal dengan formasi dan cara permainan yang sama. Walaupun Malaysia mengawal permainan dengan baik, gol penyamaan hanya dapat dihasilkan melalui set-piece. Junior membuat tindakan bijak untuk menanduk kembali bola melalui hadapan gol untuk Irfan membuat tap-in mudah. Gol kedua juga melalui set-piece. Kali ini Wan Zack menyumbangkan gol berharga dengan jaringan melalui sepakan percuma terus. 2-1 dengan 15 minit lagi sebelum masa tamat. Pasukan kita bernasib baik kerana penjaga gol Myanmar tidaklah penjaga gol yang begitu bagus. Gol yang dilepaskan mungkin mudah untuk diselamatkan oleh penjaga gol yang lebih baik. Saya sedikit kecewa apabila Nazmi dikeluarkan pada minit ke 63. Bagi saya Nazmi bermain baik, tetapi kekurangan pergerakan di bahagian hadapan menyukarkan untuk dia membuat hantaran & through-ball yang lebih berkesan.

Bercakap mengenai kekurangan pergerakan, bagi saya persembahan yang tidak memuaskan dipamerkan oleh Sarvindran & Thamil Arasu. Kedua-dua pemain ini gemar membuat larian-larian tanpa melihat kedudukan mereka & defensive line Myanmar. Banyak kali mereka berada dalam kedudukan offside.  Thamil Arasu secara terperincinya ialah seorang penyerang yang 1-dimensi. Jarang sekali kita melihat dia membantu bahagian tengah untuk membina serangan. Oleh kerana larian-lariannya hanya kehadapan dan hanya dia seorang penyerang tunggal, mudah untuk dua center-back Myanmar mengawalnya. Walaupun Thamil ialah top striker dalam formasi ini, dia seharusnya lebih kerap drop deep untuk membantu rakan-rakan lain selain membuka ruang untuk Wan Zack & Sarvindran membuat larian ke dalam. Penyerang zaman moden, walaupun 'natural number 9 striker', mereka tetap membantu dalam build-up play. Contoh terbaik ialah seperti dua penyerang Sepanyol; Roberto Soldado (Tottenham Hotspur) & Alberto Negredo (Man City). Banyak lagi aspek permainan Thamil Arasu yang boleh ditambah baik. Lebih-lebih lagi dia bukan penyerang yang boleh digelar sebagai natural finisher.

Seorang lagi pemain yang ingin saya ketengahkan ialah Wan Zack. Wan Zack adalah seorang pemain yang sangat digemari rata-rata penyokong bola sepak Malaysia. Terutamanya kerana dia kini bermain untuk FC Ryukyu (kelab divisyen 3) di Jepun bersama Nazirul Nizam. Bagi saya, Wan Zack ialah pemain yang berbakat & athletic. Itu menjadi aset utama dalam permainanya. Namun begitu, ada berberapa aspek yang masih perlu digilap. Sentuhan & kawalan bolanya kadang kala mengecewakan. Juga saya dapat perhatikan sepakannya ketika berlari tidak sehebat sepakannya ketika dead ball situation & set-piece. Persembahannya kadang kala tidak konsisten. Seperti dalam perlawanan menentang Myanmar ini, ada masa pergerakannya bagus dan ada masa sentuhan-sentuhannya tidak menjadi. Tetapi, saya berpuas hati dengan usaha yang diberikannya terutama membantu barisan pertahanan.

Secara kesuluruhannya, Malaysia bermain baik. Pertahanan Malaysia juga boleh dikatakan tidak begitu sukar untuk mengawal serangan Myanmar. Permainan Azrif yang bermain sebagai right-back menggantikan Ruben pada perlawanan ini nampak kemas. Cuma saya lebih gemar jika Malaysia bermain lebih banyak hantaran-hantaran pendek dan sabar ketika menjana serangan.

Perlawanan Malaysia seterusnya ialah menentang Thailand. Pasti menarik untuk dilihat bagaimana OKS approach perlawanan ini. Malaysia boleh bermain untuk mendapatkan keputusan seri dan bermain sekali lagi melawan Thailand pada perlawanan akhir Sabtu nanti. Pilihan lain, Malaysia boleh bermain untuk menang dan Myanmar mungkin menang menentang Singapura untuk tempat kedua dalam kumpulan - Malaysia bertemu Myanmar di perlawanan akhir. Pada pendapat saya, lebih baik perlawanan akan datang ini digunakan untuk memberi peluang kepada pemain yang belum dapat bermain dalam kejohanan ini. Pada masa yang sama, mengekalkan pemain-pemain utama; Fadhli Saas, Irfan, & Wan Zack supaya ketidakserasian antara pemain tidak terlalu memberi kesan. Tambahan lagi, tidak banyak beza daripada segi kualiti pemain simpanan dan kesebelasan utama menentang Myanmar. Sebagai contoh, Syahrul Azwari & Rozaimi sudah dikira cukup bagus untuk berada dalam kesebelasan utama. Yang penting dalam perlawanan menentang Thailand, komitmen & kesungguhan pemain mesti diteruskan. Kalah bukan pilihan demi maruah Malaysia.

Minor Change

From here and out, some of the main content of this blog will be written in both Malay & English. This change is made in order to attract more Malaysian readers. However, some of the post will be written only in either Malay or English. Keep reading this blog and don't forget to subscribe & comment. Thank you.

Bermula dari entri ini, artikel-artikel blog ini akan ditulis menggunakan Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris. Perubahan ini bertujuan untuk menambah minat pembaca tempatan. Walaupun begitu, terdapat entri-entri yang akan ditulis hanya dalam satu bahasa sahaja. Teruskan membaca & mengikuti blog ini. Komen & pendapat anda sentiasa dialu-alu kan. Terima kasih.

Heroic Mignolet on The Opening Day

Barclays Premier League - Match 1
Liverpool 1-0 Stoke City
17 August 2013. Anfield.

Liverpool kicked-off the season with a home win against Stoke City. We had a great pre-season and it's nice to get a win for the opening fixture, which is for the first time since 2008/2009 season. Personally, I feel very happy because I'm not really fond of Stoke City. They are one of the worst teams in the Premier League when it comes to style of football. They play aggressive but dirty football. We suffered in plenty of matches against them. The last time we met them at home, we drew 0-0 and Suarez received a stamp on his chest by Robert Huth's foot - Huth deliberately did it.

Vengeance aside, our team was ready to go and the fans were excited for this match. Rodgers lined-up familiar squad that featured mostly during pre-season. Rodgers, however, opted to play Henderson ahead of Allen. Allen had a fantastic pre-season but this change was understandable due to aggressive football that Stoke play.

The way we play have improved and was very impressive in this match, especially in the first-half. We created plenty of chances. We should have took a bigger lead in the first 45 minutes. The passes & movements were very good. Sturridge scored the only goal of the match from a long range in the 37th minute. The trio; Sturridge, Coutinho, & Aspas looked lively and sharp. The only downside is that we scored one goal out of 25 attempts.

Players celebrate Sturridge's goal - liverpoolfc.com

Between the sticks, our debutant goalkeeper, Mignolet, looked nervous before we scored the goal. He gained his confidence as the match progress. Of course, the main highlight of the match and obviously the turning point was that penalty save. Honestly, I thought this would be another typical home match against mid-table team. Often times we played well, created many chances, but failed to score more goals. Then, the opponent would sucker-punch us and we waste 2 points or even worst lose the match. Not this time though. Mignolet was the hero. Terrific penalty save and quick recovery for the follow-up. What a debut!

Mignolet saves cruical last minute penalty - liverpoolfc.com

Overall, our performance was very good. Although, we need to score more and stop making silly mistakes, like Agger's handball. I have no idea why he did such a thing. If we had drew the match, I'm sure the fans would be absolute livid with him. Vice-captain or not, that handball was stupid. Top player like him should have not done something that can hurt the team like that.

The win is definitely satisfied everyone who involves with the club. Great performance and well deserved 3 points. The team are looking forward to visit Aston Villa next week.


Suarez Scored a Hat-trick at Wigan

Liverpool visited Wigan last night and were in 9th place before the match. A win was a must to keep our Champions League qualification dream alive. We delivered a great performance with the help some poor defending by Wigan. Suarez was terrific and scored a hat-trick. Downing scored the opener inside 2 minutes. Reina made a couple of amazing saves to keep a clean-sheet. Solid 4-0 win. We're now in 7th place 9 points behind 4th place, Tottenham which yet to play Arsenal (5th) by the time I'm writing this.

Starting XI
4-3-3 formation

Sturridge didn't start due to an injury. Hence, Coutinho, Suarez, & Downing started as the 3 attackers. Coutinho was brilliant in this match. Before the match, I was hoping he could show some of his Brazilian skills and he did. Reina distributed the ball very well from his penalty box into the space which where Coutinho collected the ball. He teased Boyce then accelerated past him. He crossed a perfect ball to Downing who headed it into the goal. Perfect start.

Coutinho then sparked the move for the second goal. Picked up the ball from his own-half, interchanged passes with Gerrard, dribble passed an opponent, & made a perfect through ball to Suarez. Suarez's touch to set his way was great too. Good finish and great team goal. Suarez's 2nd goal came from a deflected direct free-kick. His 3rd goal, again started from our own-half. This time it was Johnson made a terrific run passed 4 Wigan's players before through the ball to Suarez - hat-trick! His 2nd hat-trick in the league this season. Suarez now has scored 21 goals in the league making him the top scorer at the moment. In total, he has scored 28 goals this season. What an amazing season he's having. Please stay next season, Luis.

Reina performance in this match was superb too. It's like everything went well last night. He made a couple of top-class saves in the first-half. I honestly though the ball was going into the goal in both occasions. Any other day when he does not perform, those two chances definitely turn to goals . The final scoreline could have been 2-2, 3-3, or something.  He also made few other decent saves. Well done, Pepe. If he can keep his consistency, I'd love to see him stay for next season.

As for our defense, I thought we did well. Although Wigan managed to create few good chances & attempt more shot on goals compared to us, our defense were fine. I saw their aggressiveness at the back. Our defense made several blocks and pressured opponents early. We had no problem in midfield. Gerrard was great, as always. Lucas did well on his duty, making aggressive tackles & closed opponents down. He made the most tackles with 7 (Gerrard is 2nd with 5 tackles). One thing I'd like to highlight here is Allen's role. I like seeing him playing like last night. He was given a role to make forward runs into opponent's penalty box and at the same time playing further upfront behind Suarez. He caused few problems to Wigan's defense with his passes & runs.

It was surprised to see Wigan attempted more shots & had more possession than us. We were a bit more direct than we used to be too. The only thing that frustrated me little bit here is that Rodgers only made one substitution - Henderson came on for Coutinho. When it was 15 to 10 minutes left, we were already 4 goals up. I thought the match was already won by us. I was hoping Rodgers could give a chance to Assaidi or Suso, but he didn't. Why? I have no idea.

Anyhow, it was a great performance all around. 10 matches to go. Tottenham are next at Anfield. We need to win all 10 matches if we want to qualify for Champions League next season. Honestly, I believe we can finish at least 6th. Realistically, 5th place is the possible target. 4th place? Possible, but hard. Or should I be a little bit more optimistic; 4th place finish - hard but possible.