Musim Baru Bermula Dengan Kemenangan

Musim 2014/2015 telahpun bermula! Liverpool bertemu Southampton di Anfield untuk perlawanan pertama liga musim ini. Sama seperti musim lepas, Liverpool menempah kemenangan melalui perlawanan yang agak sukar...

Nota Penulis: Liverpool, Malaysia, Imej Baharu

Sedikit catatan buat pembaca dari meja penulis.

Apologis untuk Brendan

Beri masa kepada Brendan Rodgers.

Apologis untuk Brendan

Beri masa kepada Brendan Rodgers.

Archive for February 2014

Saingan Piala FA Liverpool Berakhir

FA Cup - Pusingan ke-5
Arsenal 2-1 Liverpool
(Chamberlain 16', Podolski 48', Gerrard (pen) 59')
16 Februari 2014. Emirates Stadium


Musim lepas, Liverpool hanya mampu layak ke pusingan ke-4 Piala FA selepas dikejutkan Oldham ditempat lawan. Kali ini, pusingan ke-5 menjadi saingan terakhir buat Liverpool. Bermain di Emirates Stadium, Arsenal menang 2-1 dan berjaya membalas dendam kekalahan 5-1 di Anfield dalam liga berberapa minggu lepas.

Liverpool turun dengan formasi biasa, 4-3-3. Hanya tiga perubahan daripada kesebalasan utama yang menang keatas Arsenal lepas; Jones menggantikan Mignolet di gol, Agger kembali dalam pasukan, dan Allen mengisi tempat Henderson yang terpaksa direhatkan pada awalnya kerana baru sembuh daripada pembedahan pergelangan tangan.

Kesebelasan utama. Formasi 4-3-3

Seperti perlawanan liga menentang Arsenal lepas, Suarez beroperasi di bahagian kanan. Sturridge diletakkan sebagai penyerang utama supaya kepantasannya dapat dieksploitasikan. Taktikal ini terbukti menjadi. Sturridge mendapat dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol pendahuluan pada awal permainan. Malangnya, walaupun sudahpun berada dalam posisi 1 lawan 1 dengan Fabianski, dia gagal menyempurnakan kedua-dua peluang tersebut. Dua peluang yang dibazirkan ini ternyata memakan diri kerana Arsenal berjaya menjaringkan gol pertama perlawanan melalu Oxlade-Chamberlain.

Penalti Minit Akhir Gerrard Beri Kemenangan

Barclays Premier League - Perlawanan ke-26
Fulham 2-3 Liverpool

Toure (o.g) 7', Sturridge 40', Richardson 62', Coutinho 71', Gerrard 90'
12 Februari 2014. Craven Cottage

Penyokong Liverpool pasti sudah masak dengan situasi dimana prestasi pasukan biasanya menurun selepas memenangi perlawanan 'sukar'. Contohnya, Liverpool tidak memenangi perlawanan yang boleh dikatakan agak mudah seperti Swansea, Aston Villa, & West Brom selepas mendapat momentum dan keyakinan memenangi perlawanan sebelumnya; Man Utd, Stoke City, & Everton. Bukan sahaja dalam musim ini, malah musim-musim sebelumnya. Perkara ini seolah-olah satu tabiat Liverpool sehingga sesetengah penyokong menggelarkannya "typical Liverpool".

Sabtu lepas, Liverpool membelasah Arsenal 5 gol berbalas 1. Perlawanan seterusnya Liverpool bertandang ke Craven Cottage menentang Fulham. Fulham menduduki tempat terbawah liga tetapi telah mendapat keyakinan dan suntikan moral selepas mereka berjaya mendapat keputusan seri menentang Man Utd di Old Trafford. Rodgers sedar bahawa Liverpool tidak boleh lagi membazir mata jika mahu lebih selesa mengejar tempat ke-4 liga. Mentaliti dan motivasi pemain juga perlulah selari dengan pengurus mereka. Perlawanan ini telah membuktikan Liverpool benar-benar berazam tinggi untuk kembali ke kancah liga elit Eropah musim depan. Jaringan minit akhir ketua pasukan, Gerrard, memberi kemenangan 2-3 kepada Liverpool.

Liverpool menurunkan pemain dan formasi yang sama seperti berberapa perlawanan sebelum ini. Kali ini, Liverpool menjadi pasukan yang mendominasi perlawanan berbanding seperti taktikal menentang Arsenal dan Everton.

Kesebelasan utama: Formasi 4-3-3.

Tumpuan sebelum perlawanan sudah semestinya berapakah banyak gol yang Liverpool bakal jaringkan. Ini kerana, Liverpool telah menjaringkan 63 gol (ke-2 terbaik liga) dan Fulham telah dibolosi 55 gol (paling banyak dalam liga). Tambahan lagi, barisan serangan Liverpool berada dalam prestasi terbaik. Sturridge telah menjaringkan gol untuk 6 perlawanan berturut-turut. Suarez dan Sterling pula memukau dengan gaya permainan yang sukar dikawal pertahanan. Coutinho dan Henderson tampak yakin menguasai tengah padang sambil dibantu Gerrard yang telah menghasilkan 8 assists. Kesemua statistik ini adalah sebelum perlawanan bermula. Fulham hanya berbekalkan semangat yang diperoleh daripada perlawanan sebelumnya.

Pendahulu Liga Dibelasah

Barclays Premier League - Perlawanan ke-25
Liverpool 5-1 Arsenal

Skrtel 1', Skrtel 10', Sterling 16', Sturridge 20', Sterling 52', Arteta 69'
8 Februari 2014. Anfield

Menakjubkan dan mengagumkan! Dua kata sifat yang dapat menterjemahkan persembahan Liverpool ketika membelasah Arsenal 5-1 di Anfield, Sabtu lepas. Sebelum perlawanan, Liverpool berada di kedudukan ke-4 manakala Arsenal mendahului liga dengan 55 mata, 8 mata di hadapan Liverpool.

Liverpool menggunakan formasi dan kesebelasan utama yang sama untuk 3 perlawanan berturut-turut. Kombinasi Gerrard, Henderson, dan Coutinho terus diberi kepercayaan oleh Rodgers walaupun mempunyai pilihan untuk menurunkan Allen yang sudah cergas untuk perlawanan ini. Di bahagian serangan, Suarez kali ini beroperasi di sayap kanan dan tidak bertukar-tukar posisi dengan Sturridge yang bermain sebagai penyerang utama. Satu percaturan taktikal oleh Rodgers memastikan serangan-serangan Arsenal dapat dijinakkan. Corak permainan dan mentaliti pasukan adalah sama dengan yang diterapkan ketika Merseyside Derby di Anfield hujung bulan lepas.

Kesebelasan utama. Formasi 4-3-3.

Terdapat berberapa perkara penting yang menjadi kunci kemenangan besar Liverpool keatas pasukan dari London ini.

1. Gol awal.
Musim ini, Liverpool banyak menjaringkan gol pembukaan berbanding sebelumnya - 19 daripada 25 perlawanan liga setakat ini. 15 daripada 19 perlawanan tersebut pula dimenangi oleh Liverpool (termasuk perlawanan ini). Tambahan lagi, 25% daripada 63 gol yang dijaringkan setakat ini telah dijaringkan dalam 20 minit yang pertama. Ini membuktikan Liverpool mengambil peluang daripada gol pendahuluan tersebut. Malah, 4 perlawanan daripada 19 perlawanan tersebut dimana Liverpool tidak memperoleh kemenangan ialah menentang Everton (seri), Chelsea (kalah), Man City (kalah), dan West Brom (seri). Keempat-empat perlawanan tersebut dimainkan di tempat lawan. Ini juga menunjukkan bahawa Liverpool biasanya akan mendominasi perlawanan setelah mendapat gol awal. Contoh terbaik ialah menentang kelab bawahan seperti Crystal Palace, West Ham, Norwich, Cardiff City, dan West Brom (di Anfield). Juga, gol awal penting sebagai momentum sepanjang perlawanan ketika perlawanan besar seperti kemenangan keatas Everton, Man Utd, dan Tottenham Hotspur.