Barclays Premier League - Perlawanan ke-23
Liverpool 4-0 Everton
Gerrard 21', Sturridge 33', Sturridge 36', Suarez 50'
28 Januari 2014. Anfield
Menang 4 gol tanpa balas - kesudahan perlawanan Merseyside Derby ke-222 Selasa lepas. Tiada siapa pun realistiknya menjangkakan jaringan sebanyak itu. Perlawanan dijangka sengit dan salah satu pasukan akan membawa pulang 3 mata dengan kemenangan tipis. Mungkin juga perlawanan akan berakhir dengan keputusan seri memandangkan kekuatan dan prestasi pasukan secara kesuluruhan yang hampir sama. Juga, local pride menjadi pertaruhan, seperti mana perlawanan-perlawanan derby di Liga Inggeris. Liverpool berjaya menidakkan sebarang statistik dan tekaan bahawa Everton akan memberi tentangan hebat.
Perlawanan liga sebelum perlawanan ini menyaksikan Liverpool menggunakan formasi 4-3-3 dimana Gerrard bermain sebagai defensive-midfielder. Dalam perlawanan ini, Rodgers mempertaruhkan formasi yang sama, tetapi sedikit berbeza dari segi taktikal dan mentaliti permainan. Sterling dan Flanagan kembali dalam kesebelasan utama menggantikan Moses dan Kelly selepas direhatkan ketika perlawanan Piala FA berberapa hari lepas. Tiada perubahan untuk posisi lain dan Coutinho sekali lagi diberi kepercayaan bermain di bahagian tengah dan bertindak sebagai perancang. Sturridge dan Suarez seperti biasa saling bertukar-tukar posisi, supaya Liverpool dapat mengekalkan bentuk formasi 4-3-3 sepanjang perlawanan.
Perlu juga ditekankan, kedua-dua pasukan mengalami krisis kecederaan. Liverpool masih belum lagi dapat menggunakan khidmat pemain-pemain utama; Agger, Sakho, Enrique, Lucas, dan Johnson. Manakala musuh ketat Liverpool, Everton, ini pula kehilangan dua pertahanan utama mereka, Distin dan Coleman. Barkley dan Piennar yang baru sembuh daripada kecederaan pula tetap diturunkan untuk perlawanan ini. Dapat dilihat bahawa kedua-dua pasukan tiba untuk perlawanan ini dengan prestasi dan persediaan yang hampir sama. Hanya apa yang berlaku di atas padang sahaja dapat membezakan kekuatan kelab-kelab Merseyside ini.
Seperti yang dikatakan, taktikal dan mentaliti permainan Liverpool sedikit berbeza berbanding menentang Aston Villa walaupun menggunakan formasi yang sama. Everton dibawah kendalian Martinez memang terkenal dengan possession football mereka. Seperti falsafah bola sepak Rodgers, Martinez juga gemar pasukannya mempunyai kawalan bola yang lama, membuat hantaran-hantaran pendek, dan membuat pressing awal di kawasan lawan. Tetapi, perlawanan ini menterjemahkan satu lagi kunci kekuatan Liverpool pada musim ini - serangan balas (counter-attack).

![]() |
| Keesebelasan utama. Formasi 4-3-3 |