2014

2014 menjanjikan tahun yang penuh debaran bagi peminat Liverpool. Kini Liverpool menduduki tangga ke-4 liga, 6 mata dibelakang pendahulu liga, Arsenal. Banyak peningkatan telah ditunjukkan oleh pasukan semenjak Brendan Rodgers mengambil alih pasukan. Matlamat untuk menamatkan saingan liga dalam kedudukan 4 terbaik sekaligus layak ke Liga Juara-juara UEFA masih di landasan yang baik.

Tahun ini juga bakal berlangsungnya Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil pada pertengahan tahun. Negara-negara yang layak sudahpun mengetahui lawan mereka di peringkat kumpulan. Bagi peminat Liverpool, sudah pasti pertemuan England vs Uruguay akan menjadi perhatian. Dua pemain utama pasukan, Steven Gerrard dan Luis Suarez bakal bertembung di pentas tertinggi antarabangsa.

Di Malaysia, Liga Super bakal membuka tirainya tidak lama lagi. Pasukan-pasukan telah melakukan pelbagai usaha memperkuatkan barisan pemain. Seperti biasa, Johor Darul Takzim (JDT) adalah pasukan yang paling mendapat perhatian setelah melabur besar bagi semua aspek - termasuk membeli bekas pemain bertaraf dunia dari Argentina, Pablo Aimar. Peminat Liverpool pasti masih meningati lagi pemain ini yang menjaringkan gol di Mestalla ketika Liverpool dibawah kendalian Houllier menentang Valencia (diuruskan Benitez) pada 2002. Juara Liga Super 2013, Lions XII, dan juara Piala Malaysia 2013, Pahang, akan membuka tirai kancah Liga Malaysia pada perlawanan Piala Sumbangsih 17 Januari ini.

The Kop Football (TKF) akan menyajikan artikel-artikel ulasan dan pendapat dengan lebih kerap dan konsisten untuk tahun ini. Teruskan mengikuti TKF!

Ikuti TKF di Twitter dan Facebook.


+++++++++++++++++


2014 promises to be an exciting and the most anticipating year for Liverpool fans. Liverpool are now in 4th place in the league, 6 points behind the league leader, Arsenal. Big improvements have been shown by the team since Brendan Rodgers took charge. Our goal to finish in top 4 this season and thus qualify for UEFA Champions League is still on the right track. 

FIFA World Cup will be held in Brazil some time this summer. All qualified countries have been drawn into their groups. For Liverpool fans, the England vs Uruguay match is the match that we're all waiting for. Our captain Steven Gerrard will go head-to-head with Luis Suarez.

In Malaysia, the Super League (MSL) kicks-off  this month. Teams have done a lot to improve their squads during the holiday months. Obviously, Johor Darul Takzim (JDT) receives the most attention from Malaysian League spectators. They have been spending a lot to strengthen their team, especially in landing former world-class playmaker from Argentina, Pablo Aimar. Remember him, Liverpool fans? Aimar scored against us when Houllier's Liverpool faced Benitez's Valencia at Mestalla back in 2002. Lions XII (MSL champions) will face Pahang (Malaysian Cup champions) in Piala Sumbangsih this 17 January as the opening match for Malaysian League.

The Kop Football (TKF) will consistently bring you more articles, match reviews, and opinions. Keep following TKF and stay tuned!

Follow TKF on Twitter & Facebook.


Leave a Reply