FA Cup - Pusingan ke-3
Liverpool 2-1 Oldham Athletic
(Aspas 55', Tarkowski (o.g) 82')
5 Januari 2014. Anfield
Iago Aspas akhirnya berjaya menjaringkan gol pertamanya untuk Liverpool pada perlawanan Piala FA pusingan ke-3 menentang Oldham Athletic, Ahad lepas. Ini adalah musim ketiga berturut-turut Liverpool bertembung dengan Oldham pada saingan Piala FA.
Dua musim lepas, Liverpool yang diuruskan oleh Kenny Dalglish telah membelasah Oldham 5-1 di pusingan ke-3. Manakala musim lepas, Oldham membuat kejutan dengan kemenangan 3-2 keatas Liverpool di laman sendiri di pusingan ke-4. Ahad lepas, Liverpool yang kini berada di prestasi terbaik sejak berberapa tahun, turun tanpa kelibat Luis Suarez. Suarez diletakkan di bangku simpanan. Tetapi, ketua pasukan Steven Gerrard kembali dalam kesebelasan utama selepas sembuh daripada kecederaan.
![]() |
| Kesebelasan utama. Formasi: 4-2-3-1 |
Aspas mengetuai barisan serangan dan dibantu oleh Sterling, Moses, dan Alberto. Perlawanan boleh dikatakan agak mudah untuk Liverpool. Namun, Liverpool terpaksa mengambil masa 55 minit untuk menjaringkan gol pembukaan perlawanan. Aspas melakukan half-volley hasil daripada hantaran lintang Sterling dari sebelah kanan. Sterling kemudiannya pada minit ke-82 membuat rembatan yang menghasilkan gol sendiri oleh pemain Oldham, Tarkowski.
![]() |
| Barisan pemain Liverpool menentang Oldham (liverpoolfc.tv) |
![]() |
| Aspas melakukan half-volley untuk gol pertama (liverpoolfc.tv) |
Persembahan Liverpool cukup baik untuk mendapatkan kemenangan selesea. Tambah lagi, pemain Liverpool perlu berhati-hati agar tidak mengalamai kecederaan kerana berberapa pemain utama sudahpun terpaksa diketepikan kerana kecederaan. Perlawanan ini menjadi tempat terbaik untuk pemain-pemain seperti Aspas, Alberto, Moses, & Cissokho untuk menunjukkan kebolehan dan mengasah sentuhan. Martin Kelly yang mengisi tempat Johnson dapat memperbaiki match-fitness supaya dapat diturunkan dengan lebih kerap selepas ini.
Aspas telah membuktikan yang dia mampu menjaringkan gol. Setakat ini, Aspas masih belum mendapat kepercayaan daripada peminat. Sedangkan pemindahannya ke Liverpool pun menjadi satu kemusykilan. Rekod jaringannya yang baik di La Liga pada musim lepas masih belum dapat dibuktikan untuk Liverpool. Namun peluang pada perlawanan ini tidak disia-siakan Aspas. Gol pertamanya untuk Liverpool ini boleh menaikkan semangat dan keyakinannya. Pada masa yang sama, banyak lagi aspek yang perlu diperbaiki terutama daripada segi permainan fizikalnya memandangkan bola sepak Liga Inggeris lebih agresif dan kasar berbanding Liga Sepanyol.
![]() |
| Statistik serangan Aspas (Opta) |
Satu-satunya perkara yang merunsingkan Liverpool ialah kecederaan Agger. Agger mengalami kecederaan betis dan mungkin terpaksa diketepikan selama sebulan. Hanya Toure dan Skrtel yang tinggal untuk mengisi slot center-back kerana Sakho juga masih belum pulih daripada hamstring. Ini membangkitkan persoalan dikalangan sesetengan penyokong Liverpool - adakah relevan untuk meletakkan barisan terkuat untuk saingan Piala FA musim ini? Ini memandangkan tempat ke-4 dalam liga adalah keutamaan untuk Liverpool. Manakala, menjuarai Piala FA tidak akan dapat membawa Liverpool ke Liga Juara-juara UEFA musim hadapan. Mungkin pada satu keadaan nanti, Brendan Rodgers terpaksa memilih samada untuk merehatkan kesemua pemain utama seperti Suarez, Gerrard, Coutinho, Lucas, & Agger daripada saingan Piala FA untuk perlawanan liga. Tambah lagi hampir semua pemain tersebut kecuali Suarez boleh dikatakan agak mudah dan sering mendapat kecederaan (injury prone).
Untuk pusingan ke-4 Piala FA, Liverpool bakal berdepan samada AFC Bournemouth atau Burton Albion di tempat lawan 25 Januari depan. Saingan liga pula akan disambung hujung minggu ini dimana Liverpool akan berkunjung ke Britannia Stadium menentang Stoke City.





