Liverpool telah bermain dua perlawanan pada bulan Januari 2014 ini. Menang 2-0 keatas Hull City dalam saingan liga dan mengalahkan Oldham Athletic, juga 2-0 di pusingan ke-3 Piala FA. Terdapat empat lagi baki perlawanan bulan ini. Berikut senarai perlawanan dan saluran Astro bagi penonton di Malaysia*.
Liverpool 2-0 Hull City
1 Januari 2014
Liga Perdana Barclays - Perlawanan ke-20
Anfield
Liverpool 2-0 Oldham Athletic
5 Januari 2014
Piala FA Pusingan ke-3
Anfield
Stoke City vs Liverpool
12 Januari 2014, Ahad
12.10 a.m (Pagi Isnin waktu Malaysia)
Liga Perdana Barclays - Perlawanan ke-21
Britannia Stadium
Astro Supersport 810/831 HD
Liverpool vs Aston Villa
18 Januari 2014, Sabtu
1.30 a.m (Pagi Ahad waktu Malaysia)
Liga Perdana Barclays - Perlawanan ke-22
Anfield
Saluran Astro: TBA**
Bournemouth/Burton vs Liverpool
25 Januari 2014, Sabtu
8.45 p.m waktu Malaysia
Piala FA Pusingan ke-4
Tempat: TBD**
Saluran Astro: TBA
Liverpool vs Everton
28 Januari 2014, Selasa
4.00 a.m (Pagi Rabu waktu Malaysia)
Liga Perdana Barclays - Perlawanan ke-23
Anfield
Saluran Astro: TBA
Perlawanan yang ditunggu-tunggu sudah semestinya Merseyside Derby hujung bulan ini. Kedua-dua pasukan berada dalam prestasi yang sangat baik. Perlawanan dijangka akan menjadi sangat sengit. Tetapi, perlawanaan yang lebih 'tricky' ialah perlawanan menentang Stoke City esok. Sejak Stoke City kembali ke Liga Perdana pada musim 2008/2009, Liverpool tidak pernah memenangi sebarang perlawanan liga di Britannia Stadium. Statistik yang sukar dipercayai, tetapi itulah hakikatnya apabila Liverpool bertandang ke sana. Diharap badi ini dapat ditamatkan esok dan seterusnya membuktikan Liverpool sudah berada di satu tahap yang baru. Kupasan pra-perlawanan Stoke City dalam artikel seterusnya.
*Tarikh, masa, dan saluran perlawanan boleh berubah mengikut keadaan.
**TBA = To be announced, TBD = To be decided
Baki Perlawanan Bulan Januari
Jumlah Pelawat
Artikel Popular
Topik
FA Cup
(4)
General
(2)
Liverpool
(37)
Malaysia National Football Team
(3)
Match Preview
(1)
Match Schedule
(2)
News
(2)
Nota Penulis
(4)
Pengenalan
(1)
Player Focus
(3)
Post-match Analysis
(22)
Post-season
(1)
Premier League
(25)
Tactical
(4)
Transfers
(4)
Laman Web Berkenaan
Followers
Powered by Blogger.

