Satu perlawanan amal akan diadakan di Anfield sempena ulangtahun ke-25 Hillsborough. Perlawanan akan diadakan pada 21 April 2014 dan diberi nama 'Celebration of the 96'.
Dua bekas pengurus Liverpool, Kenny Dalglish dan Gerard Houllier bakal mengurus setiap pasukan masing-masing. Dalglish mengendali pasukan yang akan diwakili lagenda tempatan Liverpool manakala Houllier pula pasukan yang bakal diwakili lagenda antarabangsa Liverpool.
Antara pemain yang sudahpun bersetuju untuk menyertai perlawanan amal ini: David James, Jamie Carragher, Gary McAllister, Ray Houghton, Ian Rush, Robbie Fowler, Steve McManaman, Peter Beardsley, John Barnes, Luis Garcia, Markus Babbel, Jan Molby, Stephane Henchoz, Stig Inge Bjornebye, Dietmar Hamann, dan Vladimir Smicer. Pasti anda ingat bekas pemain-pemain Liverpool ini, bukan?
| Perlwanan amal yang diadakan pada May 2009. (liverpoolecho.co.uk) |

