Barclays Premier League - Perlawanan ke-38
Liverpool 2-1 Newcastle United
Skrtel (o.g) 20', Agger 63', Sturridge 65'
11 Mei 2014. Anfield
Ahad lepas, tamatlah saingan musim 2013/2014 Liga Perdana Inggeris. Liverpool dengan jayanya menduduki tempat kedua dan sekaligus layak ke Liga Juara-juara Eropah secara automatik musim hadapan.
Perlawanan terakhir Liverpool ialah menentang Newcastle United di Anfield. Kemenangan berjaya diperolehi tetapi tidak kejuaraan liga terlepas yang sekali lagi buat Liverpool musim ini. Mengharapkan kemenangan West Ham keatas Man City di Etihad Stadium memanglah satu cita-cita tinggi yang hampir mustahil.
| Champions League nights will be back at Anfield! (liverpoolfc.com) |
Tidak banyak ulasan taktikal yang boleh dibuat. Perlawanan ini boleh dikatakan hanyalah sekadar perlawanan penutup tirai. Liverpool mendominasi permainan tetapi dikejutkan dengan gol sendiri, siapa lagi kalau bukan Martin Skrtel. Newcastle menyusun formasi mereka dengan baik dan menyukarkan Liverpool untuk membuat serangan. Liverpool juga dilihat buntu dan tumpul dalam usaha memecahkan benteng Newcastle. Mungkin ketajaman dan kesungguhan pemain tidak lagi berada di tahap tertinggi dalam perlawanan akhir ini - terutama mengetahui peluang yang pudar untuk menjuarai liga. Gol penyamaan dan kemenangan hadir melalui situasi set-piece yang hampir serupa. Daniel Agger dan Daniel Sturridge menyambar hantaran Steven Gerrard yang sememangnya tidak pernah mengecewakan. Gol ke-21 Sturridge dan assist ke-13 Gerrard musim ini. Musim yang sangat cemerlang untuk kedua-dua pemain ini. Tamat perlawanan, Liverpool meneruskan tradisi membuat lap of honor bersama ahli keluarga untuk memberi penghargaan kepada para penyokong yang hadir di Anfield.
| Gol ke 101! (liverpoolfc.com) |
Kesalahan tidak boleh diletakkan kepada sesiapa selain Liverpool sendiri yang mensia-siakan peluang untuk terus menerajui liga yang berbaki 3 perlawanan sebelum ini. Pun begitu, musim ini ialah satu musim yang patut di anggap sebagai musim yang cemerlang. Liverpool berjaya mencapai sasaran layak ke Liga Juara-juara musim depan. Luis Suarez memenangi anugerah pemain terbaik liga dan penjaring terbanyak liga. Gerrard mendahului carta assist. Mereka juga bersama-sama Sturridge, tersenarai dalam kesebelasan terbaik liga. 101 gol dijaringkan di samping 11 perlawanan berturut-turut direkodkan tahun ini. Brendan Rodgers pula dinamakan sebagai pengurus terbaik LMA.
Banyak lagi perkara positif yang boleh dinyatakan sebenarnya. Mungkin perkara yang membuatkan kita semua terkilan ialah bagaimana Liverpool terlepas genggaman kejuaraan liga. Bukan mudah untuk Liverpool cukup hampir mencapai impian menjuarai liga. Malah, "kegagalan" Liverpool ini disambut meriah oleh penyokong-penyokong pasukan lain. Jelas kebangkitan Liverpool meresahkan mereka, terutama penyokong Man Utd yang di mana kelab mereka terperosok di tangga ke-7 dan tidak layak ke sebarang pertandingan di peringkat Eropah.
| "Mastermind" kebangkitan Liverpool. (liverpoolfc.com) |
Apapun, Liverpool tetap gembira dengan pencapaian pasukan musim ini. Banyak perkara yang membanggakan telah berlaku. Secara keseluruhannya juga, Liverpool telah mempertingkatkan prestasi dan kini berada di satu tahap yang lain berbanding berberapa musim sebelum ini. Perancangan dan penambahbaikan akan terus dilakukan oleh Rodgers untuk musim depan. Tidak menjadi kesalahan jika berasa sedikit terkilan atau kecewa. Itulah bola sepak. "Bittersweet" adalah satu perkataan yang paling sesuai menggambarkan musim 2013/2014 Liverpool.

