Liga Perdana Inggeris sudah hampir ke penghujungnya. Seperti biasa, pemain-pemain terbaik liga akan menerima penganugerahan oleh persatuan Professional Footballer's Association (PFA).
PFA Player's Player of the Year ialah anugerah tertinggi diberikan kepada pemain terbaik liga setiap musim. PFA Young Player of the Year pula anugerah untuk pemain terbaik liga yang berumur 23 tahun dan ke bawah. Seseorang pemain itu juga boleh membolot kedua-dua anugerah jika layak seperti yang pernah dilakukan Gareth Bale (2012/2014), Cristiano Ronaldo (2006/2007), dan Andy Gray (1976/1977).
Musim ini Liverpool telah mempamerkan prestasi yang cemerlang dalam liga. Secara langsung, terdapat berberapa pemain Liverpool juga telah beraksi dengan hebat dan dinobatkan sebagai pemain terbaik liga. Luis Suarez, Daniel Sturridge, dan Steven Gerrard dinamakan sebagai calon untuk memenangi anugerah PFA Player's Player of the Year. Sturridge juga dicalonkan untuk memenangi anugerah PFA Young Player of the Year, yang turut disertai Raheem Sterling.
Senarai penuh pencalonan:
PFA Player's Player of the Year:
Luis Suarez (Liverpool)
Daniel Sturridge (Liverpool)
Steven Gerrard (Liverpool)
Eden Hazard (Chelsea)
Adam Lallana (Southampton)
Yaya Touré (Man City)
Pemain Liverpool terakhir memenanginya: Steven Gerrard (2005/2006)
Pemenang lain dari Liverpool: Terry McDermott (1979/1980), Kenny Dalglish (1982/1983), Ian rush (1983/1984), dan John Barnes (1987/1988).
 |
Gerrard memenangi PFA Player of the Year musim 2005/2006.
(goal.com) |
PFA Young Player of the Year:
Raheem Sterling (Liverpool)
Daniel Sturridge (Liverpool)
Ross Barkley (Everton)
Eden Hazard (Chelsea)
Aaron Ramsey (Arsenal)
Luke Shaw (Southampton)
Pemain Liverpool terakhir memenanginya: Steven Gerrard - 2000/2001
Pemenang lain dari Liverpool: Ian rush (1982/1983), Robbie Fowler (1994/1995 dan 1995/1996), dan Michael Owen (1997/1998)
 |
Gerrard - PFA Young Player of the Year 2000/2001
(anfieldred.co.uk) |
 |
Owen - PFA Young Player of the Year 2000/2001.
(sumber gambar: unknown) |
 |
Fowler - PFA Young Player of the Year 1995/1996
(bbc.co.uk) |
Suarez dijangka akan memenangi PFA Player of the Year. Ini kerana prestasinya yang terlalu bagus untuk ditandingi. Dia juga konsisten dan sentiasa menyumbangkan sesuatu kepada pasukan hampir setiap perlawanan. Setakat ini, dia telah menjaringkan 29 gol dan mencipta 12 gol (assist). Pada masa yang sama, dia mempunyai purata percubaan terbanyak iaitu dengan 5.6 percubaan setiap perlawanan (shots per game). Tidak ada pemain lain juga yang menjadi pemain terbaik perlawanan sebanyak Suarez yang telah dinobatkan sebanyak 14 kali. Suarez juga memenangi pemain terbaik bulanan liga sebanyak 2 kali musim ini (Disember dan *Mac) Pencabar terdekat Suarez ialah Hazard dan Toure yang juga turut bermain baik musim ini. Sturridge mungkin juga boleh memenangi anugerah tersebut setelah menjaringkan 20 gol dan mencipta 7 gol. Tetapi tidak cukup hebat untuk menandingi Suarez. Gerrard juga bermain sangat bagus terutama di posisi barunya juga berpeluang, tetapi mungkin agak sukar. Perlu diingatkan juga, Suarez telah terlepas 5 perlawanan musim ini. Jadi, tiada siapa yang layak untuk memenangi anugerah pemain terbaik selain Suarez.
 |
Suarez dianugerahkan pemain terbaik liga bulan Disember lepas.
(theguardian.com - Jason Cairnduff/Action Images) |
Sturridge dan Sterling masing-masing dicalonkan untuk memenangi anugerah pemain muda terbaik. Seperti yang dikatakan, Sturridge mempamerkan ketajamannya musim ini di depan gol. Gandingannya bersama Suarez sangat digeruni. Sterling pula mengalami peningkatan yang mendadak. Awal musim, Sterling jarang dimainkan kerana prestasi yang kurang memberangsangkan. Ini berikutan kes di luar padang yang menyebabkan dia hilang fokus terhadap bola sepak. Dia mula mempamerkan bakatnya dan keyakinan yang tinggi pada awal Disember sehinggalah sekarang. Dia juga turut menjaringkan gol dalam perlawanan besar menentang Tottenham Hotspur, Arsenal, dan Man City. Walaupun begitu, Hazard dijangka akan memenangi anugerah tersebut. Persembahan konsisten dan peranan pentingnya untuk Chelsea musim ini tidak boleh disangkal. Dia juga adalah pemain terbaik pasukannya musim ini yang mungkin akan mengalami kesukaran tanpa kelibatnya.
 |
Sterling dan Sturridge dicalonkan untuk anugerah
PFA Young Player of the Year.
(dailymail.co.uk/AP) |
Mungkin satu perkara yang mengecewakan di sini ialah ketiadaan Jordan Henderson dalam pencalonan pemain muda terbaik liga. Henderson bermain dengan konsisten, tidak pernah letih, dan penuh keyakinan. Dia telah banyak meningkat sejak meyertai Livepool pada 2010. Henderson juga ialah tunjang utama untuk Liverpool musim ini. Kelibatnya di bahagian tengah sama penting dengan kelibat Suarez di bahagian serangan. Henderson telah bermain hampir setiap minit dalam perlawanan liga dan hanya dikeluarkan sekali ketika menentang Aston Villa di Anfield. Dalam 34 penampilan, Henderson mencipta 7 gol disamping menjaringkan 4 gol. Dia juga telah membuat 1928 hantaran dengan 86.8% ketepatan. Purata hantaran yang dibuatnya bagi setiap perlawanan ialah 57 hantaran (passes per game). Liverpool akan kehilangan Henderson untuk 3 perlawanan selepas ini kerana digantung selepas menerima kad merah menentang Man City pada Ahad lalu. Namun, secara keseluruhan Henderson menjadi diantara kunci kejayaan Liverpool musim ini. Dia sepatutnya layak untuk sekurang-kurangnya dicalonkan sebagai pemain muda terbaik liga. Tetapi apa yang pasti, juga layak untuk dinamakan dalam skuad England ke Piala Dunia 2014 kelak - bersama-sama Sterling (Gerrard, Johnson, dan Sturridge sudah pasti akan dipilih). Dan Henderson juga mempunyai masa depan yang cerah dan mempunyai potensi untuk memenangi anugerah di masa akan datang.
 |
| Maybe next time, Hendo. (skysports.com) |
Selain daripada dua anugerah PFA ini, ada lagi dua anugerah yang juga tak kurang berprestijnya. Anugerah tersebut ialah anugerah Football Writers' Association (FWA) Footballer of the Year, ESPN PFA Fans' Player of the Year dan Premier League Player of the Year.
Anugerah oleh FWA tersebut dipilih oleh lebih 400 penulis/wartawan dari seluruh England. Gerrard pernah memenanginya pada musim 2008/2009. Mungkin dia berpeluang memenangi anugerah tersebut sekali lagi. Oleh kerana anugerah ini tidak dipilah oleh ahli England Football Association (FA), pengurus, atau pemain, Gerrard berpeluang baik untuk memenanginya. Prestasi dalam padang, inspirasinya kepada rakan sepasukan, karakter dan sikapnya yang cukup baik mungkin boleh menjadi faktor untuk mereka memilih Gerrard musim ini. Ataupun jika tidak, harap-harapnya, peminat-peminat atau FA di luar sana menamakan Gerrard sebagai pemain terbaik pilihan mereka untuk dua anugerah yang lain. Dia layak memenangi salah satu daripada tiga anugerah tersebut.
Untuk pengurus pula, sudah pasti anugerah Premier League Manager of the Season menjadi rebutan. Siapa yang layak? Biasanya anugerah ini dimenangi oleh pengurus yang membawa pasukannya menjuarai liga. Tetapi juga, ada faktor-faktor lain yang boleh menjadikan pengurus lain sebagai pengurus terbaik liga. Harry Redknapp (Tottenham Hotspur - 2009/2010) dan Alan Pardew (Newcastle United - 2011/2012) adalah antara kejutan sebagai pengurus pernah memenangi anugerah ini. Ini kerana mereka berjaya membawa pasukan mereka ke satu tahap yang baru disamping menunjukkan prestasi yang mengkagumkan. Tambahan lagi, tiada pengurus kelab-kelab besar yang benar-benar 'outstanding' musim tersebut. Oleh itu, Brendan Rodgers mempunyai peluang cerah untuk dinobatkan sebagi pengurus terbaik liga musim ini. Selain membawa Liverpool menjadi pencabar liga musim ini daripada pasukan tempat ke-7 musim lepas, dia juga kekal dengan sikap profesionalnya. Jarang sekali kita lihat Rodgers diberi amaran oleh FA atau bertelingkah dengan pegurus lain. Selain itu, Liverpool juga setakat ini mengekalkan rekod tanpa kalah untuk tahun 2014. Rodgers juga telah memenangi pengurus bulanan liga terbaik sebanyak 2 kali (Ogos dan Mac). Jika tidak anugerah tersebut, satu lagi anugerah berprestij untuk pengurus terbaik anugerah ialah League Managers Association (LMA) Manager of the Year. Anugerah LMA ini diundi oleh semua pengurus di Liga Inggeris dan pemenang boleh dipilih daripada 4 liga teratas England. Rodgers berpeluang menjadi pengurus Liverpool pertama memenangi anugerah LMA ini.
 |
Rodgers, Gerrard, dan Suarez dianugerahkan sebagai pengurus
dan pemain terbaik liga bulan Mac.
(thisisanfield.com) |
Siapa lagi pengurus yang lebih baik selain Rodgers musim ini? Tiada. Arsene Wenger hanya berjaya mengekalkan prestasi baik Arsenal untuk separuh musim. Manuel Pelligrini juga mengurus Man City dengan bagus tetapi tidak dinafikan ia dibantu oleh barisan pemain bertaraf dunia dan bantuan kewangan yang tiada had. Jose Mourinho mungkin masih menganggap dirinya sebagai 'The Chosen One'. Tetapi, ketumpulan penyerang Chelsea dan berberapa insiden dengan pengadil dan pengurus lain mungkin memberi kesan negatif kepadanya. Tidak lupa juga, komen-komen sinis dan sikap hipokritnya tidak boleh diendahkan. Percaya atau tidak, pencabar utama Rodgers ialah Roberto Martinez yang menguruskan Everton. Musuh tradisi Liverpool itu telah mempamerkan prestasi yang sangat mengkagumkan. Mereka kini mencabar Arsenal untuk tempat ke-4 liga. Tambahan lagi, Martinez berjaya menerapkan bola sepak yang cantik dalam masa singkat di Everton disamping menggunakan dana kelab yang terhad sebaiknya.Jika Everton layak ke Liga Juara-juara Eropah musim depan, sudah pasti nama Martinez disebut-sebut sebagai antara pengurus yang berjaya musim ini. Tetapi juga, jika Rodgers berjaya membawa Liverpool menjuarai liga, tiada keraugan lagi siapa yang layak dinobatkan sebagai pengurus terbaik Liga Perdana Inggersi musim ini. Dan tak perlulah juga kita membazir masa bercakap mengenai David Moyes dan Man Utd yang tidak lagi relevan untuk semua anugerah-anugerah tersebut.
*Suarez berkongsi anugerah pemain terbaik liga bulan Mac bersama Gerrard.